Tuesday, October 28, 2008

Pagi di Paka

Berdebar nak jumpa dengan orang yang paling aku rindu. Lebih mesra dengan panggilan mummy. Mummy orang yang kecil molek. Pandai bergaya, setiap tutur katanya umpama dari seorang kakak untuk adik-adiknya.
Fuhhh!!! selesai sahaja mandi dan segalanya, aku dikejutkan oleh panggilan mummy. Tak terkata. Mummy tetap macam dulu. Bergaya dan cute. Aku dibawa ke SMIZ dan SMSO di Dungun. Pada masa yang sama, penerangan projek PPSMi dijelaskan pada aku beserta next - next projek. Insya Allah.
Mula-mula tu, tertanya-tanya juga. Apa yang perlu aku buat dan lakukan. Baru aku tahu. Projek PPSMi ini melibatkan pengajaran menggunakan Laptop bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran sains, maths dan english. Memang nampak mudah, tetapi pelbagai ragam dan karenah dibuatnya.
Masa lunch... mummy membawa aku jalan-jalan di pekan dungun. Yang best, lunch time aku diperkenalkan dengan nasi air. Boleh tahan jugak sedapnya. Time aku jalan-jalan. Sebab time tu, sesi 3 belum bermula lagi. so, boleh jalan-jalan dulu arrrr. Sehingga hari petang. Rakan-rakan yang lain pun bersiap untuk pulang ke homestay yang sama.

No comments: