Sunday, October 12, 2008

Aku dan Persekitaran

Aku terpanggil untuk berkongsi satu petikan dari teman ku. Sekiranya kita tidak boleh membiasakan diri dengan persekitaran yang sedia ada, Carilah persekitaran baru. Hampir 2 bulan aku memikirkannya. Akhirnya, aku telah membuat pilihan. Pilih jangan tak pilih. Itu hasil nukilan sahabatku. Umpama ada kaitan. Fikirkan dan buat pilihan yang terbaik. Dan jangan sesekali menyesal dengan keputusan dan tindakan yang telah dibuat.
Hidup umpama roda yang penuh pancaroba. Kita tidak tahu apakah orang lain sedang fikirkan untuk kita. Kita tidak tahu dan tidak sedar.

Oleh itu, berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Fikirkanlah apakah logik atau tidak. . . Aku tak nak dipandang rendah lagi. Pengalaman cukup mendewasakan kita semua. Jangan sesekali menyesal jika kita dihujani dengan kesusahan yang seketika. Segalanya ada hikmah.

No comments: