Sunday, October 12, 2008

Program Terakhir

Alhamdulillah.... akhirnya aku dapat juga menunaikan tanggungjawab dan kontrak aku dalam melaksanakan kem ict ini. Pelbagai cabaran dan rintangan. Perghhh.. macam-macam. Fokus, tujuan dan perancangan amat penting sekali.
20-10-3-3.... itu adalah kod rahsia. Hanya aku jer yang faham.. Sementara beberapa bulan dalam mengendalikan projek ini, aku telah mula mengorak langkah untuk mempelbagaikan perniagaan, program dan aktiviti agar hidup lebih seronok dan menarik.

Kali ini, program ict melibatkan kanak-kanak sekolah agama rakyat seluruh negeri Perak. Sebelum ni, dah buat untuk kem yang pertama. Ada juga penyertaan. Oleh yang demikian, ia diteruskan untuk 2 kem sahaja.

Tak sabar aku untuk menunggu kehadiran peserta pilihan hatiku ini.
Apbila kedua mata memadang kearah anak-anak yang berlari-lari untuk mendaftar, jutaan kegembiraan bagi diri aku. Segalanya aku tumpukan untuk anjurkan program. Walaupun ada mata yang menjeling, ada mulut yang mengata... aku tetap teruskan tugasan untuk menjalankan program diserata negeri. Mudah-mudahan ia dipermudahkan untuk kali ini.

No comments: