Sunday, October 12, 2008

Santapan Telinga

Mustahil dalam hidup kita ini tiada masalah. Mula-mula tue memang lar rasa tak tentu arah dengan tugasan, kerja dan masalah yang hadir umpama pakej. Macam jualan hari raya pulak, ada pakej-pakej. Sebelum ini, pelbagai masalah yang hadir. Tetapi apabila satu demi satu dapat diselesaikan, aku beranggapan ianya bukan masalah, malah ianya CABARAN bagi diri aku. Kenapa aku berani berkata begitu, ianya kerana aku dapat mencari jalan dan penyelesaiannya. Dan aku berjaya, walaupun makan masa untuk selesaikan nya.

Salah satu faktor yang membantu ialah kawan-kawan yang berpemikiran positif. Terima kasih kawan. Aku dihadiahkan dengan sebuah lagu dari Faizal Tahir oleh 2 orang rakanku. Kak Ana dan Kak Minah. Lagu Gemuruh yang menjadi santapan telinga ku setiap hari. Mari kita hayati bait-bait kata-katanya.




GEMURUH - FAIZAL TAHIR
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin keangkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

No comments: