Saturday, January 31, 2009

Mobile Class

Kini impian untuk membuat mobile class menjadi kenyataan. Seorang di seremban seorang di perak seorang di terengganu. Pelbagai meeting online, tugas dan dicussion secara atas talian sahaja. Memang arr pelik. Ramai yang ingat aku cakap2 kosong sje selama nie. Lega.

Tarikh 1 Feb 2009... ia akan dihebahkan secara umum. Selama ini buat secara skop yang kecil. Kini ingin memperluaskan lagi empayar. Insya-Allah.

Restuilah perjuangan kami!!! Amin3x

Wednesday, January 28, 2009

Hari Berbahagia Sahabat Baik ku....


Tahniah Ash dan Syin. Maaf tak dapat sama2, tetapi nantikan kehadiran ku di majlis pernikahan mu nnt. hehehe


Jamal... pelbagai pahit getir dalam kehidupan yg pernah kita lalui bersama. Namun akhirnya kau berjaya jua. Tahniah maL, kau berjaya memiliki apa yang kau impikan selama ini. ( aku amek gambar ni tanpa kebenaran, gambar yg menarik)


Sama manis dan sama padan. Apis seorang jejaka agak pemalu pernah aku jumpa. Hanya tersenyum sahaja. Hehe. Tapi ada juga kenangan lucu antara shaz dan apiz dulu. hehehe masih segar dalam ingatan. Tahniah adikku!!

New Offer.. Tanaman Cili???

Syukur.. ini lagi satu pengalaman baru. Mulai dari itu bermula arrr kajian demi kajian untuk menjalankan projek baru ini. Fuh!!! mujur ada rakan2 yang sedia membantu. Kini aku akan bermula dengan perbincangan bersama pegawai pertanian terlebih dahulu. Mungkin banyak lagi khidmat nasihat dari mereka perlu aku dapatkan. Caiyok2.

Tuesday, January 27, 2009

Peluang Lagi..

Alhamdulillah... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pelbagai usaha yang sanggup dilakukan demi untuk menjatuhkan satu sama lain. Ada yang pandai bermain kata-kata, ada yang takut pada kebenaran. Untuk lakukan sesuatu, lakukan dengan jelas dan tulus.
Dalam dunia kini kawan hanya untuk kepentingan sendiri. Bila mana seseorang kawan sudah mula bersuara, petikan ini akan muncul "tidak mengenang budi". Adakah kita tahu budi yang kita semai semestinya dibalas.

Aku hampir2 terduduk dengan dunia realiti kini. Memang mencabar permulaan ini. Sedikit demi sedikit. . taktik dan teknik dilancarkan. Mujur aku segera 'sedar'. Ingin diambil semua kenalan dan contact ku. Hahahahahaha

Adakah ia wajar. Fikir arrr sendiri.

Alhamdulillah hari ini, aku mendapat 2 tugasan lagi. Alhamdulillah. Peluang yang dulu telah diambil orang. Kini peluang yang baru.
Syukur. Terima kasih semua!!! Masih ada yang memerlukan. Wujudkan ketulusan dan kejujuran.

Fikirkan Sesuatu?!?

Mereka perlukan aku,,, atau aku perlukan mereka. Itu menjadi tanda tanya. Aku didatangan beberapa kumpulan remaja dan belia. Arghhh!!! terharu jugak. Dulu aku didampingi ratusan kanak2 setiap kali program. Kini aku diberi amanah dan tanggungjawab untuk menyelamatkan barisan belia2 dan remaja. Itulah mereka. Siapa yang ingin membantu mereka. Kebanyakan dari kita kini, hanya pandai merancang dan memenuhi impian dan keinginan sendiri.

Betulkah cara begitu. Hehehe. Sekarang apa yang perlu dibuat. Ya!!! mereka perlu dibantu. Kurangkan pandangan negative kepada golongan remaja dan belia. Kita pernah satu ketika dahulu merasai tempoh remaja juga. Sekarang golongan ini perlu di pimpin. Insya Allah.. DAMS akan datang membantu semana yang boleh. Mudah2an.

Karnival oh Karnival!!!

Baru-baru nie, berlakunya karnival di tempat aku. Huh! Persiapannya 'ala kadar' sahaja. Almaklumlah... karnival tanpa sponsor dan tajaan mana2. Hanya modal kecik sahaja. Objektif utama, nak naikkan balik ukhwah penduduk setempat.

Hampa dan hampeh!!! kini aku berusia hampir 30an........ komuniti tetap berpemikiran begitu tidak begini. Aku gembira arrr sgt. Kesempatan cuti tahun baru cina ni. Ramai juga kawan2 dari serata tempat datang. Balik kg konon2 nya. Dari kawan2 tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Rasa macam reunion. Tapi lebih hebat reunion di Langkawi ( betul x ajai ) hehehee. Sorry tk dapat join.

Walaupun disebabkan faktor kesihatan tidak mengizinkan. Sebagai komuniti aku tetap jgk turun padang. Support menyapot kata orang. Enjoy dapat jumpa geng2 lama. Tetapi masih ada lagi komuniti yang hanya pekak kan telinga, butakan mata. Tanpa ambil peduli. Tidak pula ingin melangkah keluar rumah melihat apa yang berlaku. Inilah dia komuniti yang ingin maju tapi dimulut sahaja.

Sad!!! jika masyarakat terus begini.. dalam masa 3 tahun, pihak tertentu hanya membazirkan masa sahaja kerana masyarakat tidak akan berubah melainkan diri mereka sendiri.

Hanya pandai melontarkan pendapat dan kritikan. Tiada maklumat, tiada hebahan dan itu ini. Hanya itu yang rata-rata diperkatakan. Sebagai wakil komuniti di Taman Perpaduan, saya amat2 kesal dengan segelintir masyarakat yang masih berpeluk tubuh dan mencari dan merekod setiap kesalahan dan kesilapan yang lain. Ketahuilah.... masa ada masa untuk perbetulkan segalanya.

Shuffle.. apa itu shaffle???

Begitu asing bagi aku. Namun ia pengalaman baru bagi aku. Remaja dan belia perlu didorong. Kini, mereka memberi aku tanggungjawab yang baru.
Apa itu shuffle?? Aku perlukan maklumat dan sokongan untuk semua ini.... Insya Allah kalian akan dibantu..

Buatlah sesuatu, rancanglah ia... pasti berbaloi. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyertainya.


Tahniah Khoi!!

Dikesempatan semua orang bercuti, ada yang beraya sakan, ada yang mengambil kesempatan untuk mengakhiri zaman bujang. Tahniah buat kenalan ku "Khoi" diatas majlis pertunangan hari ini. Tahniah! Alhamdulillah. Syukur.

Sunday, January 25, 2009

Kenapa kita Mudah Lupa Diri

Hehe... ini ruangan biasa saja. Tapi tagline ni, macam selalu kita dengar erk...

Kenapa la agaknya kan... kenapa? kenapa? Sebab diri sendiri akan melupakan diri sendiri. Hairan! Hairan!



Dahulu aku ada kenalan. Apa pun tiada. ZerO! Memang betul. Kita kena belajar dari bawah "0". dari Sifar. Titik Asalan. Mulanya ingatkan niat yang ikhlas. Train n train. Training lagi.... sampai arrr dah boleh berdikari. Macam naik beskal. Memula jatuh. Sakit. Menanggis. Kemudian naik lagi. Sebab dah suka. Alhamdulillah dalam setahun dan nampak perbezaan. ATas didikan dan asuhan. SucceSS!!



Tetapi.......... hah!?! Nape pulak erk?

Biasa arrr,.. bila dah hampir success. Siapa ingat titik asalah lagi. Apa itu "0". Lupa dah. Bukan ingin kan balasan dan pingat2 kebesaran. Cuma ingatan abadi. . itu pun dah ok kot.

Antara tips yang aku baru perolehi :
1) Skills
2) Knowledge
3) Attitude

Antara ketiga diatas apa yang paling utama??? Apa erk. Bagi aku knowledge arrr. Sebab semua ada ilmu. Tetapi setelah diperolehi ilmu yang setimpal, kini untuk melaksanakan. Ia berkait dengan attitude. Hehe. Ini yang mencabar nie. Nak jd diri sendiri atau nak jadi orang lain. Ini tak de orang nak ajar. Tapi orang lain boleh bagi tahu idea sahaja.
Sekiranya kita hanya ikut sahaja. Ya! ikut sahaja seperti orang suruhan. Di suruh kekanan kita kekanan, ke kiri kita kekiri. Buat sahaja apa yang disuruh... TAnpa ada matlamat untuk diri sendiri. Argh!!

Dalam dunia perniagaan, apa pun jua banyak keajaiban. Ada yang kaya dalam masa 24 jam ada yang gagal dalam masa 1 jam.

Jadi ... jadilah diri sendiri. Nasihat seorang teman. Apa yang dilakukan diatas jalan yang salah, marilah sama-sama kita perbetulkan. Terlalu jauh alpa dengan kemewahan dunia yang sementara akan berbahaya juga.
Bagi yang hampir-hampir lupa diri. Renungan lah sejenak. Kita perbaiki key. Masih ada masa!!!!!!

Inikah Kawan???

Mudah percayakan seseorang. ADakaH itu kelemahan atau kesilapan. Tak sangka. Menyesal. Dan mungkinkah terjadi.

Ini kenyataannya, dalam ia pandai dan bijak berkata. Menari2 kata manis diatas bibir sendiri.. sentiasa mencari strategi untuk memerangkap dan menjerat setiap orang.

Janji2, kata2 manis semua penuh dengan kata-kata yang tersirat. Ingin membantu tetapi ada makna. Menindas yang lain!!!!!!Fuh!!! ini kah cabaran kini. Berbahaya....

Semua yang hidup ingin kan kesenangan, kemudahan dan pelbagai lagi. Tetapi biarlah ia dengan cara yang betul. Usaha dari dalam diri sendiri itu yang AMAT penting. Tidak hanya menggunakan kudrat dan idea yang lain. Fikirlah bersama-sama. Mungkin ia akan membantu kita semua. Keberkatan dalam mencari rezeki harus diletakan dibarisan yang teratas.

Bagi yang tersilap langkah, masih belum jauh lagi untuk sama-sama kembali ke panggal jalan.

Relax. Rezeki dari Allah. . Usaha! Usaha! Usaha!

Saturday, January 24, 2009

23 Januari 2009

23 Januari 2009.
Tarikh ini kupilih. Kenapa ya... Hari ini pelancaran produk pertama aku. Insya Allah dipermudahkan segalanya.

Bagi kawan-kawan semua, doa restu dan bimbingan rakan-rakan amat dihargai...,.

Friday, January 23, 2009

Renungan Bersama

Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah seksanya di dunia disamping apa yang disediakan kelak di akhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan

Riwayat Attirmizi & Ibnu Majah daripada Abu Bakar ra

Saturday, January 17, 2009

Friday, January 16, 2009

Kucing Liar dan Aku!!

Arghh!!! memang buat aku terkejut betul .. betul!!
Dalam jam 10.00 malam, rasa nak gi luar , baru je buka pintu... menerpa seekor kucing liar. entah apa-apa ntah. Lain macam jerr.. Aku dok halau-halau supaya ia kembali ke jalan yang benar. Ish! Ish! Ish! tak nak keluar juga...

aku malas nak layan.. mata dh nak mengantok.. biar je ia dok dlm asalkan tak kencing dan memberak merata-rata sudah larr... hehehee. tiba2 ia senyap jer.. ntah kat mana ia membuta. . .

Esok pagi2 aku tengok, sikucing liar dibahagian atas. Tetap degil. Aku dok umpan makanan itu ini.. ( nasib baik tak beli KFC ) sebagai umpan. Pi beli ikan, agar harapan kucing tu akan turun. HAMPA juga. heheheh.

tapi entah larhhh ... semakin degil. Lompat punye lompat tersangkut pada grill tingkap atas. padan muke!!! Aku nak pegang tak bagi. Lagi dikencingnya dari atas. Padan muke aku plak. ish ish ish.. kucing tak pergi sekolah.

hampir 2 jam, aku bergelut menyelesaikan masalah kucing nie... tiba. tiba. terfikir satu idea. HAH!!! call BOMBA. Lantas telefon. Ini kisah benar. Hahaha. Sepanjang usia aku tak pernah mendail pun no BOMBA. . 1st time. Member call pun. Serius jer bunyinyer. (takut2 panggilan palsu). Datang pulak tue., 3 pegawai bomba. Nenoneno.... pengalaman baru. Siap pakai sarung tangan. takut digigit kucing. Meow! Meow! Meow! hehehe

Kucing tu disettlekan oleh 3 orang anggota bomba. Teruk aku dibuatnya.. air kencing ditinggalkan merata2. Huhu.

so.... kalau ada apa2 yang tak boleh selesai... minta bantuan. sebab kucing kalau dia laparr.. silap2 bole jd harimau. Kita pun dia nak makan. kuang3x

p/s : sesiapa yg suka kucing

Tuesday, January 13, 2009

ToPenG ???

Aku tertarik dengan training yang teman baik aku adakan. Tajuk dia " TOPENG KEhiduPaN"
Menarik!!! Memula tue rasa macam susah nak faham. Apa yang sedang berlaku nih..

Makin hari, dalam kehidupan ini... ramai yang memakai topeng. Ramai yang bertopeng2. Ada yang dihadapan ketawa, dibelakang mengata. Ada yang dihadapan kita sedia berkhidmat, dibelakang berkira sakan. Alangkah terkejutnya aku. Makin hari, makin ramai yang bertopeng. Ini mungkin untuk melepaskan sesak diri sendiri. Tetapi apa salah yang lain. Betulkah cara yang dilakukan. Adakah ianya jujur. Adakah ianya akan memberi kesejahteraan.

Dalam beberapa hari aku terduduk dan terfikir. Perlukah kita berketawa riang, menari sehingga lupa rentak dan tempo.. terlupa dengan amal ibadat yang semakin tipis... hanya memenuhi kehendak dan impian diri.

Kali ini kenapa aku berani berkata begitu.. ada banyak kumpulan dan macam2 style dan gaya pemikiran. Memang nampak hebat dan terkesima bagi yang belum terkena. Tetapi adakah ia kekal untuk selama-lamanya.

Ruangan ini bebas... so ini hanya coretan di waktu lapang.

Wokeh!!

Menjauhkan diri atau Mengasingkan diri

Aku tidak pasti, sama ada aku menjauhkan diri dengan teman-teman lamaku. Tetapi secara peribadi aku amat merindui teman2 lamaku. Sejak 5 tahun lalu kami bersama. Namun, harap teman2 mengerti. Aku tidak bisa melihat seseorang, 2 orang, 3 orang dan beberapa orang lagi. Perasaanku menjadi semakin menjadi2. Tidak berdendam, tidak juga benci tetapi ketidakpuasan yang meluap2. Aku semakin bermain dengan perasaan.
Maafkan aku kawan. Aku tidak profesional atau mereka. Aku tidak mengenepikan kamu semua. Cuma belum masa yang sesuai lagi kawan. Ia akan tiba juga untuk kita berjumpa.

Aku bukannya hanya mementingkan kerja!!!
Jauh disudut hati aku rindukan semua. KECUALI...( ?????). Apapun :

Maafkan aku :
Jamaliyah n Arip
Shaz n Apiz
Fasha n Amin
Ash n Syin
Idzwan n Ros

Tahniah buat :
Affa- dapat cahayamata
Azah - dapat cahayamata
Nisa - kpli
Er,Salbiah n Siti, Maz, Iefa - keje baru
Khai ( Raja inventori )
dan bakal2 semua..

Harap kawan2 yang lain tetap success...
-adios-

Silaturrahim dan persaudaraan

Semakin hari kita semakin tidak serius mengenai silaturrahim. Adakah kita benar2 faham akan ikatan silaturrahim. Tidak disangka-sangka ada yang tergamak untuk memutuskan tali persaudaraan sesama sendiri demi kepentingan sendiri. Ada yang mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan diatas persengketaan yang lain.

Hairan! Hairan! kisah ini benar. Tatkala orang kiri dan kanan kita sibuk mengejar kemewahan dunia... ada yang menyebabkan seseorang itu alpa dan leka. Kejar-kejarlah..... tetapi berhati-hati. Banyak sudah petanda dan petunjuk kini. Hanya sebagai permulaan.

Ini hanya nukilan... tetapi harus diambil iktibar juga. Ia kerana jika persaudaraan semakin tipis, dimana kita nanti...Fikirlah!!!