Friday, August 7, 2009

Rumah Baru ku

SUDAH BERPINDAH KE RUMAH BARU KU....
www.ogyaziz.com


Friday, February 27, 2009

Aku@Cikgu!!!


Bagaikan kejutan. Tiba2 aku didatangi oleh seseorang. hehe... jgn salah faham. bukannye boyprenzz.. aku didatangi dgn seorang wanita@ibu kepada 4 orang anak. Mungkin jiwa aku lebih mudah mesra dengan kanak2. Mungkin......

Ditanyakan soalan.. adakah aku seorang Cikgu. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Aku bukan cikgu... Aku pun kehairanan seketika. Dia mempelawa aku untuk berbicara seketika. Hehehe. Segalanya mungkin.

Kini ia meminta bantuan untuk membuat latihan @ training untuk anak2 sekeluarga. Bentuk apakah yang aku ingin lakukaN? Apakah modul yang sepatutnya, apakah objektif yang aku ingin letakkan.... Aku bukannya Cikgu!!!

Dan sekarang aku mulai tahu, hebatnya pengorbanan cikgu untuk mendidik anak bangsa.

SeManGat!!

Yehaa!!! dah lama tak menulis. Rasa-rasanya hampir 2 minggu tak menaip kat blog peribadi sendiri. Selepas diserang pelentong @ chicken pox... banyak pula perkara2 yang berbangkit. Semangat aku kali ini kena double triple arrrr. Dah 2 minggu berehat. Kini kena bergerak semula. Hehehe
Pelbagai planning yang telah dirancangkan untuk 2009: Harap ianya dipermudahkan. Pertamanya mengenai expo IM. Tak henti2 mencari sponsor untuk menjayakan expo ini. Mujur ada yang sudi membantu. Terima kasih kepada kawan2 semua. Seterusnya tentang nk buat drama. hahaha!!! ini project baru masih dalam R&D lagi. Cuma yang betul2 hampir adalah program yang melibatkan latihan sekolah2 rendah dan menengah. Tup tup tup... mac hampir tiba. Kini cuti persekolahan kian hampir.. kini muncul plak training @ program untuk kanak2 untuk pengisian cuti sekolah.
Semoga semua berjalan lancar!!!

Thursday, February 19, 2009

JgN BongKaK !!!

Bila kita susah kita ingat padaNya, bila kita senang kita pun hampir lupa padaNya. Aku mengingati diri aku dan rakan2 yang kusayangi ... jangan terlalu bongkak. Sebab semua yang ada sekarang pun... bukan milik kita selama-lamanya. Jadi beringatlah sesama sendiri. Agar tidak kita tergigit kuku sendiri

Hehehe

SYAK WASANGKA !!

Seseorang yang bersifat dengan sifat ini sentiasa mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya syak wasangka adalah prasangka bahawa semua orang kecuali dirinya adalah buruk dan membuatkan rasa ketidakpuasan hati mereka, menjadikan mereka berbuat keburukan dalam kerjanya dan dia tidak membuat pertimbangan lain.Dia tidak mengambil penyiasatan itu penting. Rasa ingin tahu adalah gantian bagi tabiat syak wasangka. Permulaannya, seseorang itu menyangka orang tertentu adalah jahat dan seterusnya mula membuat pertanyaan mengenai diri orang itu untuk memastikan ketetapan. Al Quran menghukumkan kedua-duanya berdosa.
Firman Allah dalam surah al Hujurat ayat 12 yang bermaksud”Jauhilah kebanyakan dari pasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang”Menurut hadis, Nabi bersabda, ”Waspadalah, jangan membiasakan salah anggap kepada orang lain. Ini adalah sifat penipuan yang paling buruk”. Hazrat ’Abdullah ibnu Mas’ud r.a. mengatakan bahawa, ”Kami telah dilarang turut campur dalam mengintai rahsia orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara kebetulan, kami akan menerima ganjaran yang sama”. Hazrat Muawwiyah mengaitkan bahawa Nabi telah bersabda bahawa , ”Jika anda membuka rahsia seseorang Muslim yang hidup, anda adalah d dalam menghancurkannya.”(*muhasabah buat diri yang penuh kudus ini juga..)
rujukan:-

”Pra-syarat kejayaan Harakah Islamiyyah”, S. Abul A’la Maududi
Diambil dari :http://www.shahrin-azam.blogspot.com/