Friday, November 21, 2008

Cari Ganti

Dimana kan ku cari ganti, serupa denganmu.......
Patah tumbuh hilang berganti......

Tapi adakah yang tumbuh, pasti sama dengan yang sebelumnya... itu tidak pasti lagi...

Disebalik itu....

Alhamdulillah... aku berjaya menjadi speaker bagi ratusan pelajar @ belia peringkat Kuala Lumpur. Gembira tidak terkata.. respon yang cukup baik yang pernah aku terima.
Bak bait-bait kata kawan ku.... jika tidak betah dengan persekitaran yang ada, cari lah persekitaran yang baru. Menepati minat mu... Program dan Training. Tidak dapat ku ungkap kan dan kuuraikan lagi. Tatkala aku menghabiskan ceramah aku... aku didatangi golongan yang berminat dengan setiap kata-kataku..
Siapa bilang aku emosi, siapa bilang aku gila glomourr..... ambil iktibar... ambil pengajaran... kita ada ilmu, kita ada pengetahuan dan kita ada kemahiran........................
tidak salah untuk berkongsi diantara satu sama lain...

Apa salah mereka. Mereka tidak jahat, mereka tidak nakal, dan mereka bukan musuh negara. Aku terpanggil untuk berkata-kata mengenai usahawan. Tetapi ada impak lain yang tersemat di sanubariku ini. Adakah aku mampu menunjukkan yang terbaik bagi generasi akan datang. Adakah aku layak dijadikan conto..... Bangunlah rakan-rakan ku..
Marilah kita membantu golongan dan kumpulan ini. Mereka umpama mutiara yang tersorok didasar laut. Belum lagi dilihat orang harganya. Tatkala apabila orang telah mengetahui nilai, harganya maka berlumba-lumba ingin mengambil kesempatan. Dan tatkala itu, kita telah pun terlewat.

YA!!! mereka perlu kan perhatian, belaian dan sentuhan. Marilah kita sama-sama berganding bahu bersama-sama mereka untuk berubah. Marilah kita sama-sama mengilap mutiara ini agar ia bersinar dan terus bersinar.. Remaja kini perlukan dorongan tidak lagi kita menghentam, mengkritik mereka. Cukuplah dari kita berkata-kata sahaja....... Ayuh... kesan dari slot aku di Program PJKN yang lalu, aku benar-benar berhasrat untuk sama-sama membantu......

Semangat remaja bak kerlipan mutiara.. itulah semangat yang kita nantikan.....

Thursday, November 20, 2008

Kerana Terlalu Jujur

Ini kisah benar... Akibat terlalu jujur dan ingin berkata benar. Kongsi pengalaman seorang kawan..Kadangkala untuk menyatakan kebenaran agak sukar dan perit bagi seseorang. Lebih mudah lagi .... dikenali sebagai berterus terang. Semua orang sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Tapi tatkala kita tersepit oleh pihak yang menyepit adakah kita akan berterus terang atau sebaliknya...Orang yang aku kenali.. baik arrr bg pandangan mata kasar dan lubang telinga aku mendengar bait tutur katanya. Kini ianya ingin mencari kebenaran yang hakiki. konon. Bagi aku, setiap usaha bagi menjalankan sesuatu perusahaan, ianya perlukan fokus dan tumpuan. Dalam kota fikiran aku, adakah aku mampu untuk berkata benar...akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkata benar, walaupun aku akan tahu kesannya. Daripada aku dituduh itu dan ini, lebih baik aku berterus terang. YA....Terima kasih kerana terlalu jujur... Aku kehilangan lagi. Sunyi sepi Inilah kerana terlalu jujur.... hilang teman yang diingatkan dapat berkongsi segalanya. Kini ia hilang entah kemana. Dimanakah teman, dimanakah dia, dimanakah..............

Tuesday, November 18, 2008

Entreprenuer Talk

Alhamdulillah ... kali ini aku mendapat jemputan lagi untuk memberi ceramah mengenai Usahawan dan Negara. Dalam masa 3 hari aku kene ready. Wow!!! makin lama, makin seronok jadinya. Harap2 selepas ini, semuanya akan berterusan. Yang penting... jgn buruk sangka dan menjatuhkan yang lain....
Kita semua patut ubah sikap masing-masing mulai sekarang!!! Tiada lagi iri hati, sakit hati dan makan hati. Nuetral kan segalanya Kawan-kawan....

Bau nasik minYak...

Bagai terkejut... mujur tak luruh jer jantung aku. Jemputan Perkahwinan dari seorang sahabat yang berada di Terusan Sugut. Jauh dari hiruk pikuk dan kebisingan kota. Tup tup Cikgu Jamaliah Maripat akan mengakhiri zaman bujangnya. Tahniah Jamal!!! Walaupun aku kelewatan untuk tahu, tetapi aku gembira. Kau bertemu jodoh juaaaa dengan wak jawa omputeh tue. Hehe. Itu ttg Jamal.
Ini ada lagi. .. Diorang ni, sama batch ngan aku dlu. Time keja dlu. Ms Shaz dan Ms Fasha. Dapat sms dan email... diorang akan berumahtangga juga hujung tahun ni. Tahniah Tahniah!!! Aku harap dapat pegi ke majlis perkahwinan diorang nanti.

Monday, November 17, 2008

Bisnes Baru.. Dunia Baruku

Hanya berbekalkan restu dari bonda, nasihat dari abang sulongku.... dorongan sahabat baikku Ajai, aku mengorak satu tangga lagi. Aku beranikan diri, menyahut cabaran dan menghadapi risiko untuk semua ini. Walaupun ianya baru, tapi aku berazam untuk menempah kejayaan.

Saturday, November 15, 2008

Khidmat Masyarakat

Kata orang, kalau buat perkara yang kita minat.... semua itu akan jadi. Penat pun boleh hilang terus. Kalau dengar sahaja tentang program .......... baik jauh atau dekat. Akan aku luangkan masa lagi. Sudah semestinya.. Insya Allah jika di Izinkan.

Hari ne.. member ajak join program khidmat masyarakat. Layan jer. Join jer. Asalkan program. Pernah ditanya pada aku .. oleh seorang kawan. "Tak penat ke travel sana sini"... aku hanya tersenyum.... inilah Aku.

Selepas dari pantai timur,, aku mengorak langkah ke Utara pula. Huhuhu..Perjalanan jauh tak ku rasa.... sebab tido jer sepanjang jalan. Hari pulak hujan, member pula yang drive. Nyaman2 aku rasa... Kroh ! Kroh ! Kroh!

Friday, November 14, 2008

Pembeli Pertama

Celoreg biru dari penulis yang kental dan berwawasan tinggi. Bagi mereka yang diluar sana, masih tertanya-tanya apa itu plkn, apa aktiviti-aktivitinya...dan banyak lagi.

Mari kita baca ebook ini bersama-sama.

Aku nak jadi pembeli pertama dan UTAMA!!!

Tahniah sahabatku... Hadiah di hari ulangtahunmu.

Aku bangga dengan kau.

Selamat Hari Ulang Tahun

Sahabat...
Tidak terlafaz rasanya dengan kata...
Tatkala umur melewati masa...
Tahun kian berlalu pergi...
Kita Sudah Berusia...

1998 kita dipertemukan...
Ditangga itu juga...
Aku mengenalimu...
On time.... ya on time
Seseorang yang mementingkan masa..
Pendiam... serius.. garang ckit-ckit
Itu pandangan pertama ku

Makin hari, makin bulan...
Aku cuba mengenali dan merapatimu...
Luarbiasa...
Kental, lasak... dan penuh keazaman didada
Bagi yang tidak mengenali dirimu...
Mungkin ada yang rasa
Dirimu ego dll..

Tapi tidak aku...
Sahabat... tidak terucap apa jua
Bantuan, pertolongan darimu
Sudi menjadi teman, pendengar dan pencerita
Yang baik...

Tatkala usia menyapa sepi
Tanpa berkata apa apa
Ia berlalu sepi dan pantas
Aku Bagaika Bertuah
Syukur Ke Hadrat Illahi
Dipertemukan Dipertemankan
Denganmu

Sukar untuk menzahirkan dengan kata-kata
Hanya engkau yang faham

Selamat Hari Ulangtahun
Semoga di Panjangkan Usia
Dimurahkan rezekimu Teman
Semoga tercapai apa sahaja
Yang dicita-citakan

Coretan rasa seorang teman

JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA...

KE MANA ANDA SEKARANG?

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.
Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.
Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

beramal semasa muda lagi
bertolong-tolongan kerana Allah
jauhi diri dan keluarga dari zina
mendidik anak kewajipan beragama
mendirikan solat wajib dan sunat
bertahajjud di tengah malam
menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
berpaut hati pada masjid
sentiasa belajar hal-ehwal agama
sembahyang berjemaah
selalu berada di tempat pengajian agama
menziarahi orang sakit
mengiringi mayat hingga ke kubur
mengadakan khenduri cara Islam
mendamaikan pergaduhan
menolong anak yatim dan miskin
dan lain-lain perkara kebajikan

Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:

tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
kaya tapi bakhil
menipu
mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
mengadakan majlis maksiat
berzina
memakan harta anak yatim
meringankan sembahyang
tidak mengeluarkan zakat
panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
meninggalkan sembahyang
durhaka kepada ibu bapa
berbuat fitnah
suami dayus (membebaskan isteri)
ibu bapa dayus (membebaskan anak)
makan harta haram
berbohong dan berdusta
menggunakan sihir
dengki dan khianat

Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.

Thursday, November 13, 2008

Congratulation

Tahniah arrr pd seseorang... kerana dah menceburkan diri dalam bidang yang baru. Nak menolong nasib seseorang. Bagus-bagus niat yang baik lagi mulia. Harapan aku tidak amek kesempatan sudah arrrr. Sudah sekali terkena... aku tidak akan menoleh lagi kebelakang. Cheewahhh... dapat naik pangkat ... tetapi kalau penuh prasangka dan syak wasangka... Bahaya oooooo. so, sebelum itu.. tetapkan niat dan matlamat bagi seseorang itu.

Tahniah atas perlantikan untuk jawatan baru. Hoorayy!!!

To do List

Mara- Majlis Amanah Rakyat
Nasib baik Pinjaman dah abis Bayar

Jabatan Pertanian
Nak jumpa mento n menti

Stesyen bus
Nak kene tgk n beli tiket.

Huaaaaa..........

Jiwa Jiwang

Hanya Kau Yang Mampu

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku


Jujur

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji
Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan akuBila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya
...................................................................................

Update blog

Tetiba seingat aku, malam ni rasa syok sangat update blog-blog ni. Teruja lama dah tak update. Amek kau. Beberpa post aku letak dalam sehari. Memang hari nie, aku banyak habiskan masa dpn pc. banyak yang aku settle kan. Beberap proposal baru nak dilampirkan lagi. Hahaha.

Itulah dia...

Wednesday, November 12, 2008

Contengan Aku

Tatkala November yang berlalu
December kian menunjukkan wajahnya
Diam tak diam hampir setahun kini
Argghhh 2008 pasti akan meninggalkan
1001 macam kenangan dan pengajaran
Bagi diri aku
Banyak pengajaran diperolehi
Aku tahu asam garam kehidupan
Dapat berjumpa manusia bertopengan biri-biri
Manusia yang sanggup jatuhkan yang lain
Demi melepaskan tengkuk dan kepentingan sendiri
Sedarlah kita jua sesama manusia
Seagama dan muslim lagi
Memang di asuh dan di didik
Agar serba sederhana dalam segala bidang
Apa pun yang datang
Itu semua dugaan dan cabaran
Sebaliknya jika, kita hampir menjatuhkan satu sama lain
Apa yang kita akan dapat
Kepuasan.........?????
Benarkah kita akan rasa puas
Bagi diri aku tidak
Sentiasa akan rasa tidak puas hati
Dengan kejayaan orang lain
Marilah kawan
Marilah teman
Perbetulkan mana-mana yang silap
Mana-mana yang lopong
Agar kita sejahtera kelak
Perbaiki diri dan hiasi peribadi
Itu yang paling utama
Contengan dari aku larrr sapa lagi.

Saturday, November 8, 2008

Don't Try... DO

Kadangkala kita sering kali mengatakan cuba. Selalu juga berkata... aku akan cuba... Hakikat sebenarnya.. kita telah pun melakukan tanpa kita sedari. Oleh itu, marilah kita sama-sama sedarkan diri kita....lakukan yang terbaik.
Tidak perlu cuba.. dan cuba. kita sedang lakukan ia. Lakukan yang terbaik. Lagi dan lagi.

Don't Try... Do IT!!!!

Gd bye my friendzz

Malam ini .. aku terpaksa berpisah dengan Izan. Huuuu. Aku kembali sendirian. Setelah 2 sesi aku bersama Izan, bermalam dan kemana-mana sahaja dengannya... Kini tiba saat dan masanya untuk berpisah. Arghhh... saat yang aku paling takut. Aku takutkan perpisahan. Lumrah alam. Bertemu dan berpisah... adat manusia biasa. Aku betul-betul rasa kehilangan. Seseorang yang pada mulanya... begitu lemah lembut. Akhirnya itulah dia. . Teman seperjuangan ku. Keluarganya, adik beradiknya umpama adik beradikku juga. Amat baik sekali layanan mereka. Aku terharu. Izan @ Razi hantar aku ke hotel tempat penginapan aku seterusnya. Siang tadi seharian kami berjalan-jalan di bandar KTgganu. Tempat yang aku ingin pergi, iaitu Masjid Kristal telah ku jejaki. Teringin pulak nak makan Keropok Lekor. Akhirnya aku dibawa makan keropok sepuasnya di Losong.
Makan sampai Lebam.. Eeeerrrkkkkk.... kenyang.
Alhamdulillah.

Wednesday, November 5, 2008

Cikgu oh Cikgu

Hari ni dah hari ke-2 kt Kuala Terengganu. Cikgu-cikgu pulak ok. Alhamdulillah. Lega pun ada. Semua nya bagi kerjasama yang ummpHHh!!!! Memula tue, tegang jugak urat perut nie... risau dan susah hati nak menantikan feed back dan reaksi cikgu-cikgu semua. Aku seperti biasa berbekalkan 6 tahun, semua itu tetap dilalui.

Pagi-pagi lagi disapa dengan salam dan senyuman cikgu2 ni. Seperti dah 2 bulan kami kenal antara satu sama lain. Baik yang lelaki mahupun cikgu perempuan. Arghhhh!!! sangkaan mula-mula aku terus lenyap. Tidak risau lagi. Ada jugak cikgu2 yang hebat... tetapi falsafah aku... ialah aku ingin berkongsi pengalaman dan ilmu-ilmu dengan semua cikgu kat sini.

Ada yang sudi share sama2 aku... huhuhu terharu...

Kelas bersambung lagi..
Kali ini, terkesima pulok aku.. weh!!!! lepas jer semua cikgu-cikgu dapat task untuk siapkan presentation menggunakan application smartdraw........... semua nya berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh untuk siapkan tugasan mereka. Perghhhh!!! amat menakjubkan.

Ada yang berminat dan tertarik untuk menggunakan perkara yang baru ini. Aku pun baru jugak explore. Terus terasa dan buat modul... bersama cikgu-cikgu ni. Ada uat subjek maths, sains dan macam-macam lagi. Cikgu yang kreatif dan inovatif.. hehe teruskan menyiapkan preseng.. keh keh keh

Owh... Kereta Rosak!!!

Alkisah... kejadian kejadian.. tatkala aku tak de kereta. Huuuuu.

Seperjalanan aku dari Dungun ke Kuala Terengganu. Memang la mencabar dan tercabar. Cubaan dan godaan.Keh Keh .... Aku ditugaskan untuk ke K.Tgganu bagi menyambung tugasan yang seterusnya. Aku ditugaskan dengan seseorang yang ayu pada zahirnya. Izan nama diberi. Dari mulanya kulihat ianya gadis macam gadis-gadis yang lain. Tetapi selama beberapa hari aku kenal dengan Izan, inilah yang dikatakan "Power Girl".

Nak dijadikan cerita dan cerita disebalik perkenalan aku dengan Izan, kereta yang nak dibawa ke KTgganu rosak la plak. Start je enjin, .. mati enjin. Start balik enjin... mati lagi. Fuhhh!!! berpeluh jugak aku dibuatnya. Tapi Izan, pun menunjukkan Taring NYA... ditekan minyak keta, sehinga bunyinya sampai 3km pun boleh dengar. Itu yang dikata dek orang, perempuan ni, tahu bawa keta jerrrr.... mmg pun. Akhirnya .. kereta dapat dibawa ke kedai. Nak tau kedai ApeRRR???? Sekali kedai spare part........... coz kt Tgganu, kedai pomen tutup awal daaa. Ingatkan nak beli spare part, then pasang sendiri... Ingat senang ke woiiiittttt. Mujur adik Izan adalah pomen yang terkenal area Dungun daaa.

Malangnya... Wargh!!! rupa-rupanya spare part yang dibeli salah.. Enjin dalaman yang cedera parah. ITulah nak tunjuk hebat sangat, beli spare part, tapi tak tau apa yang rosak. Padan muke aku ngan Izan. Kuang3x. Berpeluh gak. Keta rosak, nk kena pergi jugak KTgganu. Esok Jam 7.30pagi program dah bermula di SMK Ibrahim Fikri, KTgaanu. Orang lain tengah lena diulit mimpi.. aku, Izan dan suaminya masih mencari-cari Idea...Jeng-jeng akhirnya jalan penyelesaian ditemui.

Peminjaman kereta pada ahli keluarga terdekat. Matlamat utama nak sampai juga ke KTgganu dari Dungun. Amek kau. Macam nak melayang aku dok belakang, rasa nak terbang aku. Mendesuppppp. Mau nyer.. apabila laki Izan dah bawa keta, apa lagi jadi Tgganu menjerit larrrr. Berdoa jerr dalam hati. Indah nya suasana di Tgganu waktu malam. Lewat jgk sampai. Dalam jam 11.00 malam lebih, baru sampai. Masa tue,,, hanya terfikir tilam untuk tidorr sahaja.
zzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZ.

Saturday, November 1, 2008

KaripaP AjaiB

Pernah tengok karipap sebesar tapak tangan. Inilah dia hasil karipap dari hasil tangan khalifah dan isteri. Memang macam tue. Mula-mula belajar. Dah selalu buat, jadi arrr comel2. Selepas wujudnya karipap ini, maka tambah lagi keajaiban atau boleh masuk dalam Malaysian Book Of Record. Dengan terhasilnya karipap yang luar biasa dan ajaib.
hahahah....... lawak-lawak. Tak sangka pulak aku. Boleh mengajar orang lain buat kueh mueh. huwaaa. hoorrayyy

SeBaLik Karipap n PopiaH

Baru jer... mula training,.. aku dikejutkan dengan pelawaan sahabatku Khalifah dan Iela untuk keruma mereka. Betul gak. Dari aku bertapa di Mayang Sari seorang diri, lebih baik aku menjoinkan diri aku dengan Iela.
Aktiviti pertama kami ialah merehatkan diri dan tido. Memang rasa nikmat dapat rehat yang cukup. Disini keja hari Ahad - Khamis. Jumaat dan Sabtu Off day bagi yang bekerja lar... Lepas jer berehat, terpkir untuk buat kueh. mmmm . almaklumlah anak taukeh kueh kan.
Aku pun mereka-reka dengan La nak buat kueh apa. Cadangan pertama nak buat kueh karipap dan popiah. perghh. Dugaan dan cabaran betul arrr. Entah jd atau tdk jerr rasanya.
Ptg tu kami keluar ke Kemaman... Teringin plak rasanya nak makan SATA. Memang puas hati larr. Dapat makan SATA di kuala Kemaman. Pusat bagi SATA yang sedap-sedap. Time aku sampai tu, ada pembeli yang beli sampai RM35. Bayangkan betapa sedap dan untung nya bagi penjual SATA di pantai timur ni. Memang hebat. hebat....
Selepas makan malam, kami solat di Masjid yang berdekatan. Selepas tu, ke supermarket yang berdekatan. Membeli barang-barang masakan untuk membuat karipap dan popiah. Hahaha...
Apa lagi penuh jg troli khalifah tue... Selepas kami selesai, hujan pun turun dengan lebatnya.. dan menyebabkan kami bertiga berasa lapar semula. Memang arrrr... apabila hujan automatik kita akan berasa lapar. Sampai jer di rumah, masing-masing terus menyiapkan diri untuk pembikinan karipap yang paling sedap.. hahahaha Betul tak Khalifah Husin.