Friday, November 21, 2008

Disebalik itu....

Alhamdulillah... aku berjaya menjadi speaker bagi ratusan pelajar @ belia peringkat Kuala Lumpur. Gembira tidak terkata.. respon yang cukup baik yang pernah aku terima.
Bak bait-bait kata kawan ku.... jika tidak betah dengan persekitaran yang ada, cari lah persekitaran yang baru. Menepati minat mu... Program dan Training. Tidak dapat ku ungkap kan dan kuuraikan lagi. Tatkala aku menghabiskan ceramah aku... aku didatangi golongan yang berminat dengan setiap kata-kataku..
Siapa bilang aku emosi, siapa bilang aku gila glomourr..... ambil iktibar... ambil pengajaran... kita ada ilmu, kita ada pengetahuan dan kita ada kemahiran........................
tidak salah untuk berkongsi diantara satu sama lain...

Apa salah mereka. Mereka tidak jahat, mereka tidak nakal, dan mereka bukan musuh negara. Aku terpanggil untuk berkata-kata mengenai usahawan. Tetapi ada impak lain yang tersemat di sanubariku ini. Adakah aku mampu menunjukkan yang terbaik bagi generasi akan datang. Adakah aku layak dijadikan conto..... Bangunlah rakan-rakan ku..
Marilah kita membantu golongan dan kumpulan ini. Mereka umpama mutiara yang tersorok didasar laut. Belum lagi dilihat orang harganya. Tatkala apabila orang telah mengetahui nilai, harganya maka berlumba-lumba ingin mengambil kesempatan. Dan tatkala itu, kita telah pun terlewat.

YA!!! mereka perlu kan perhatian, belaian dan sentuhan. Marilah kita sama-sama berganding bahu bersama-sama mereka untuk berubah. Marilah kita sama-sama mengilap mutiara ini agar ia bersinar dan terus bersinar.. Remaja kini perlukan dorongan tidak lagi kita menghentam, mengkritik mereka. Cukuplah dari kita berkata-kata sahaja....... Ayuh... kesan dari slot aku di Program PJKN yang lalu, aku benar-benar berhasrat untuk sama-sama membantu......

Semangat remaja bak kerlipan mutiara.. itulah semangat yang kita nantikan.....

1 comment:

Anonymous said...

yeahh kak ogy.. teruskan dengan niat murni itu. selagi apa yg kita buat tidak bercanggah dengan suruhanNya.. teruskan. biarlah org nak kata apa pun. kita buat baik pun org akan ckp..kita buat tak baik pun org akan cakap... biarlah org ckp benda yg baik yg kita buat...

salamzz