Saturday, November 8, 2008

Gd bye my friendzz

Malam ini .. aku terpaksa berpisah dengan Izan. Huuuu. Aku kembali sendirian. Setelah 2 sesi aku bersama Izan, bermalam dan kemana-mana sahaja dengannya... Kini tiba saat dan masanya untuk berpisah. Arghhh... saat yang aku paling takut. Aku takutkan perpisahan. Lumrah alam. Bertemu dan berpisah... adat manusia biasa. Aku betul-betul rasa kehilangan. Seseorang yang pada mulanya... begitu lemah lembut. Akhirnya itulah dia. . Teman seperjuangan ku. Keluarganya, adik beradiknya umpama adik beradikku juga. Amat baik sekali layanan mereka. Aku terharu. Izan @ Razi hantar aku ke hotel tempat penginapan aku seterusnya. Siang tadi seharian kami berjalan-jalan di bandar KTgganu. Tempat yang aku ingin pergi, iaitu Masjid Kristal telah ku jejaki. Teringin pulak nak makan Keropok Lekor. Akhirnya aku dibawa makan keropok sepuasnya di Losong.
Makan sampai Lebam.. Eeeerrrkkkkk.... kenyang.
Alhamdulillah.

No comments: