Thursday, October 30, 2008

PPSMi SMSO-Siri3

Hari nie, dengan satu tekad dan niat yang suci aku memulakan latihan terbaru aku bersama guru-guru cemerlang di negeri Terengganu ini. Aku dan Iezan, tak tahu nak cakap apa-apa lagi. Perasaan berdebar dan tertanya-tanya mengenai program ini dan penerimaan cikgu-cikgu di Dungun ni.
Seleapas 1 jam pendaftaran, hanya 19 orang sahaja yang melapor diri dr 26 orang sepatutnya. Mujur PPd memberi kerjasama. Hari kedua pertambahan peserta 24 dari 26 orang kesemuanya. Alhamdulillah.
Kelas bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Pada mula tue, memang arr gementar... tetapi semua cikgu - cikgu memang sporting. Hebat dan best. Cikgu-cikgu menunjukkan kan komitmen dan kerjasama yang kuat. Ada yang bertanya lebih lanjut dan ada juga yang berkongsi - kongsi pengalaman diantara satu sama lain. Guru penyelaras pun baik hati dan bertimbang rasai. Apa ntah namanya. Selalu aku panggil dengan nama Cikgu Deen jer. memang best arrr dan sempoiii..

Wednesday, October 29, 2008

Aku n Ajai di IZ

Hari terakhir aku di IZ. Kali ni, aku bersama mentor dan partner aku larrr. Gaya macam lecterur. Hahaha. Tahniah jai!!!
Selama 2 -3 jam aku di IZ tue, sempat gak aku tgk presentation cikgu n tolong dani keep in post test dan feed back form secara online. Fuhh!!! lega. Settle gak akhirnya.
Selesai jer semua tue. Cikgu-cikgu diberi sijil dan hadiah kepada peserta terbaik.
Selesai PPsmi siri ke-2 di dungun. Sesi ke-3, aku dan Iezan akan sambung blik. Lepas jer di IZ, aku kene check ini plak di Mayang Sari. Memang arrr menarik. Tepi laut lagi.
Yang paling mengejutkan aku, tido sorang. Hahaha. SEbab Iezan dah sedia ada rumah di Dungun. kuang3x. Misti mummy tak tau sejarah hidup aku, kalau aku dibenarkan tido sorang. Pasti aku akan bangun koi 10.00 pagi. hehehe.
Akhirnya aku check in jugak dibilik B1. Tempat nya besar dan menarik. Boleh jalan-jalan di tepian laut lagi. Tetapi disebabkan aku tinggal sorang je. banyak masa aku habiskan masa dengan tido dan menonton tv sahaja.
Malam 1, Iezan, Ipah dan Iela datang melawat aku. Iezan briefing serba sedikit pada aku tentan apa yang perlu kita lakukan esok... dan Ipah dan Iela datang untuk bawa aku makan malam sama2.
Terharu... terharu dapat kawan macam tue. Sanggup dari Kerteh ke Dungun untuk amek aku dan bawa gi keluar makan. Terima kasih sahabat. Akan aku ingatkan kebaikan korang berdua sampai bila-bila. Dan Restaurant Bangkok.

Cerita di Paka

Malam selepas makan malam dengan ipah, Ajai bawa kereta selaju mungkin untuk meeting di Paka. Dari Kerteh... tgh api - api dan asap - asap di tempat minyak tu. Menarik di waktu malam. Ontime la sangat. Tapi lewat arr juga.
Sampai di Paka dah meeting pun. Semua ada. Masa tue, aku bertemu dengan bakal rakan sekerja ku. Iezan. Nampak ayu and pendiam jer. Segalanya menjadi tanda tanya.
Lepas meeting dalam jam 11.00 malam, kami berangkat ke homestay semula untuk sambung tugasan dan ada yang nak print sijil itu ini dan lain-lain lagi.
So,, aku gunakan masa yang ada untuk briefing oleh senior arrrr. Nanti silap, aku juga yang teruk kene. so, aku diajar oleh ajai, dani dan fizi. Otai tueh.. Sebenarnya mudah jerrr. Sebabnya dari pada pengalaman aku yang sudah2 ada yang lagi hebat. Semuanya ok. Paling lewat aku tertido, ada arr dalam jam 2.oo pagi.
Pagi2 esok, aku tak bergerak sama dengan semua. Aku hanya tunggu Dibah untuk ambil aku dirumah. Masing2 dah kene check up dh pagi tue. so, aku gerak 2nd trip. Sebab sesi aku dan Iezan akan mula esok. So, aku tak perlu kesekolah malah kene check in di Mayang Sari Resort.
Hahaha!!!!

Tuesday, October 28, 2008

Ipah Taukeh Jerneh IV

Perjalanan ke Paka, aku dan ajai terpanggil nak melawat @ menziarah kawan lama ku di Paka kedai nya. Rumah nya di Kerteh. Tempat sumpahan orang minyak. Lebih terkenal dengan pengeluar minyak arrrr. Khalifah Husin dan Ruzila. Memang pasangan yang dah macam sedara sendiri. Aku dan ajai sempai ke syarikat baru nya menjual tile @ mozek @ lantai rumah arrr. Perghhh!!! dah bukan kedai lagi, macam gudang hahhh. Alhamdulillah dan Tahniah buat Khalifah dan Ila. Menakjubkan kejayaan korang berdua. Aku kini berusaha untuk sama-sama berjaya macam korang jugak.
Sampai sahaja dirumah Ipah, di terus dan lantas mempelawa kami ke restauran Bangkok. Berhampiran dengan rumahnya. Memang lazat dan sedap. Makan sehingga ke siku... Memang sedap. Terima kasih ipah n la. Dapat jumpa mak angkat ipah dan muke hampir sama plak dengan muka la. ( jangkaan dalam 30 tahun lagi ) Macam-macam gelagat orang berniaga ni kan. hehehe...

Pagi di Paka

Berdebar nak jumpa dengan orang yang paling aku rindu. Lebih mesra dengan panggilan mummy. Mummy orang yang kecil molek. Pandai bergaya, setiap tutur katanya umpama dari seorang kakak untuk adik-adiknya.
Fuhhh!!! selesai sahaja mandi dan segalanya, aku dikejutkan oleh panggilan mummy. Tak terkata. Mummy tetap macam dulu. Bergaya dan cute. Aku dibawa ke SMIZ dan SMSO di Dungun. Pada masa yang sama, penerangan projek PPSMi dijelaskan pada aku beserta next - next projek. Insya Allah.
Mula-mula tu, tertanya-tanya juga. Apa yang perlu aku buat dan lakukan. Baru aku tahu. Projek PPSMi ini melibatkan pengajaran menggunakan Laptop bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran sains, maths dan english. Memang nampak mudah, tetapi pelbagai ragam dan karenah dibuatnya.
Masa lunch... mummy membawa aku jalan-jalan di pekan dungun. Yang best, lunch time aku diperkenalkan dengan nasi air. Boleh tahan jugak sedapnya. Time aku jalan-jalan. Sebab time tu, sesi 3 belum bermula lagi. so, boleh jalan-jalan dulu arrrr. Sehingga hari petang. Rakan-rakan yang lain pun bersiap untuk pulang ke homestay yang sama.

Detik 4 pagi

Detik 4.oo pagi aku dikejutkan oleh bonda dari rumah. Almaklumlah... aku kalau dapat tido, mau sampai ke KTgganu nnt. Baru sampai kuantan rupanya. Jauh lagi. Mata pun pejam celik pejam celik jerrrr. Lepas kuantan baru lepas kemaman.. then bila pulak nak sampai PAKA. Bas pulak terus KTgganu. Papan tanda menunjukkan lagi Kerteh next stesen. Aku terpikir. Paka atau Kerteh duluan ni. Itulah kalau tak tgk peta dulu, sebelum jalan. Haha.Padan muke aku. Jadi bila sampai Kerteh, ajai bagitau celik kan mata, besau kan bijik mata. Jangan tido-tido lagi. So, aku pun berjaga lah. Takut juga terlajak. Amek kau. Bas terus berjalan. Weh!!!!! Bila nak sampai nie.
Dari stesen kemaman, sorang2 penumpang berhenti di tepian jalan. Di kerteh pun sama. Aku pun nak buat perkara yang sama. Ajai hanya beritahu berhenti di Kedai Buah, Paka. Entah macam mana, seorang budak perempuan turun, aku pun turun sama... rupa-rupanya kedai buah tu 500meter lagi. So, driver menyuruh aku naik kembali dan turun di Kedai Buah yang berkaitan. Kusangka, ajai akan pick up naik kereta.
Sempat lagi aku menjeling jam ditangan. Tepat 5.00pagi aku berhenti, tegak berdiri menunggu bidadari. Fuhh!! lega. Nampak sahaja kilauan lampu kereta. Aku melangkah setapak menunjukkan aku berada ditepi jalan. Hampir 5 minit, tidak kunjung tiba walaupun bunyi enjin kereta. Tup tup... dia muncul dibelakang aku. HaRU!! HaRU!! homestay itu, dibelakang aku rupanya. Hampeh betoi. Dah sampai rupanya. Tak perlu naik kereta lagi. Hahaha.
Lawak di pagi hari, sebelum subuh.

Monday, October 27, 2008

Story Terengganu

Apa lagi nak cerita kat sini. Banyak jer cerita nya. Semuanya realiti dan bukan fantasi. Untuk program baru di Terengganu. Memang arr melonjak2 hati nie nak kesana. Tetapi dalam hati apakah yang bakal aku buat dan tempuh di sana.
Melalui kenalan atau dalam istilah bisnes... biz networking aku telah terpanggil untuk menjoinkan diri dengan program cikgu-cikgu sekolah ni. Selamanya ni, buat program berminggu-minggu dengan kanak-kanak sekolah. Dari subuh hinggalah waktu isyak. So, aku dengan berbekalkan 3 buah beg pakaian, almaklumlah size pun 3XL. Dari pakaian kerja hingga ke pakaian senaman. Dari kasut bersarung hingga ke selipar tandas semua aku bawa. Be prepared kata omputih. So, nanti aku tak perlu nak susah kan orang lagi.
Berbekalkan duit belanja yang ada... hanya RM30 dalam poket. Bukan per, nak amalkan gaya hidup baru. Berbelanja ikut keperluan. Bak kata seseorang ; hidup perlu berubah. Memang pun, kene berubah mencari keselesaan. So, dengan 3 beg dan rm30 ... banyak pulak no 3... kuang3.
So, selepas sahaja hari keluarga, aku bergegas mendobi segala pakaian dan barangan yang perlu. Bru je unpack dah kene packing lagi. Mujur pakaian sempat kering. Jam 8.30malam bas bergerak meninggalkan bandar ipoh. Berdebar2 dalam hati. Tapi ini keputusan yang aku dh buat. Segalanya aku kene tempuh juga. Sengaja pilih duduk single seat. Risau perjalanan jauh, mana tau tertido n terlelap. So, perjalanan bermula...
Kejadian pertama... seat aku ada 3 orang yang sama no tiket dengan aku. Masa nie, tetiba aku jd pentingkan diri sendiri. Memang kene pentingkan diri. Dari no tiket dan no bus. Itu tempat duduk aku. Aku pun dengan gaya yang serius pi arrr jumpa driver, dengan harapan aku dapat tempat aku blik. Rupa-rupanya bus yang lagi satu tak jalan. Jadi semua penumpang ke kuantan dan kuala terengganu dkehendaki naik satu bus. JADI ..FREE seat arrr!!!!! duduk suka hati sendiri. Tapi aku masih selesa dengan single seat aku tue. Yang lain, aku dah selesaikan masalah diorang. Kejadian2.
Cepat2 aku mainkan lagu mp3 ditelinga aku, malas nak dengan bunyi-bunyian lain. Kang aku juga yang hangin satu badan,,,, so, aku terlena sehingga ke Kuantan.

Jumpa Mung d Nung

Lepas satu.. tamat je program ict dan hari keluarga. Ini merupakan program aku yang baru. Tidak pernah untuk menjoinkan diri dalam program dengan guru-guru sekolah. Inilah yang pertama dan Insya Allah berterusan. Hahaha

Hari Deepavali , orang dok sibuk berhari raya... aku dengan satu matlamat dan impian akan ke Negeri Terengganu sendirian. Ini jalan yang aku pilih. Dan aku perlu teruskan.

Thursday, October 16, 2008

Peserta Istimewa

Tatkala aku hampir 8 tahun dalam program kanak-kanak.... program aku kali ini menemukan aku dengan seorang hamba Allah yang amat sederhana. Merendah diri. Menampilkan imej keluarga yang sederhana....

Amat terkejut... tatkala jam 11.00malam, ketika membuat pemeriksaan di asrama lelaki dan perempuan.. terpanggil untuk melihat seorang pelajar lelaki yang mirip-mirip muka seseorang. Lantas aku tanya namanya.... ya itulah Syawwal. Amat bersopan santun tingkah lakunya.

Syawwal kutanya misti dia lahirkan pada hari raya atau bulan raya. Dia hanya tersenyum. Aduhhh!! Aduhhh!!.. paling manis tatkala melihatnya tersenyum. Berlatarbelakang keluarga yang terkenal dan berpengaruh,,,, itulah yang unik dan luar biasa. Setelah dididik dengan kesopanan dan budi bahasa.. Syawwal berjaya menjaga segalanya.

Tuesday, October 14, 2008

Janji tertunai

Alhamdulillah aku berjaya menjalankan program yang dijanjikan... lega tak terkata. Pelbagai pengalaman dan cabaran. Aku berjaya jugak dengan berkat kesungguhan dan dorongan kawan-kawan. Entahlah mmg sedih untuk berpisah dengan semua, tapi ini saja yang aku mampu. Aku perlu mengorak langkah lebih jauh lagi... ya biarkan aku berjuang demi cita-cita yang aku sendiri impikan.

Transformasi minda akan berlaku, telah pun berlaku dan akan berlaku. Aku kini akan lakukan sesuatu yang luarbiasa..

Insya Allah...

Program lagi

Alhamdulillah. . Peluang dalam peluang. Ini yang aku nantikan. Selepas tamat kem ict aku, anjuran dari KPerak INC, aku telah mendapat satu lagi program yang menarik dan tertarik.
Anjuran hari keluarga yang pelbagai rumpun dan warna warni. Mana tidaknya...Perghhhh!!!! sikit punye besau jumlah keluarga. hehehe

Lebih kurang 500 orang yang datang. Sambutan ada larrr.. sehingga malam hari. Tak disangka-sangka, ada juga tarian pocho-pocho dan matammai untuk peserta yang hadir. Yang lawaknya, aku ditugaskan untuk menjadi instruktur "bidan terjun" untuk handle semua itu. Hahaha lawak-lawak.

I on jerrrr.....

Monday, October 13, 2008

Kidz Kem

Aku suka dengan program... mungkin ianya dah dibentuk dan terbentuk dari aku di Kolej Pertama lagi. Kini, gabungan sahabat baik ku 'ajai' rasa teruja nak buat program lagi. Aku rasa dah masa untuk aku bergerak sendiri. Mengatur sesuatu untuk kehidupan masa depan. Kini ianya pasti berlaku....

Hahaha.. Bermula dari Mei 2008, kini aku telah berjaya menunaikan tanggungjawab aku dan melepaskan diri dari seseorang. Kesempatan yang ada dimiliki dengan mudah. Itu aku tak peduli. Banyak lagi peluang-peluang yang mendatang.

Kem ICT yang baru berakhir, meninggalkan aku dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Kenangan manis, for sure arrr dengan adik-adik peserta. Program yang baru bagi sasaran yang baru memerlukan masa yang lama buat mereka. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dirancang.

Aku tahu aku memiliki kemahiran, tetapi untuk memberi tahu tentang tugas, keja dan minat aku pada semua orang amat sukar. Ada yang beri pendapat aku terlalu emosi dengan program. Itu bagi aku tidak benar. Bukan 'emosi'.... inilah yang dikatakan kalau bekerja ikut minat. Yang menggerakkan sesuatu lebih faham dari yang memberi arahan dan mengarah. Lantaran dari itu, aku rasa baik aku merancang dan mencari projek @ program sendiri untuk kepuasan sendiri.

Ya !!!! aku inginkan kepuASAn!!!!!!!!!!!1

Kejadian oh Kejadian...

Bertugas di KPerak INC Corporation sebagai Projek Executive @ Mentor Infomediaries. Sepanjang tugas yang dijalankan, pelbagai tugasan dan pengalaman baru diperolehi. Antaranya ialah : 1) KeusahawananDalam bidang usahawan ini, dapat melatih 38 orang usahawan muda bagi negeri Perak dan mengendalikan 9 syarikat. Mengendalikan proses penubuhan syarikat, pengurusan syarikat, pemasaran dan perkhidmatan. Memang teruja. Yang penting dapat banyak rakan niaga yang lain dan idea-idea perniagaan yang baru. 2) Program KomunitiBertugas sebagai mentor atau pegawai pemantau untuk memerhati keberkesanan perjalanan program yang dijalankan. Dari segi perancangan perbelanjaan untuk program komuniti, perhubungan dengan jawatankuasa kampung dan lain-lain jabatan.Dari segi pemeriksaan kertas kerja dan pemeriksaan laporan serta yang penting statistik dan standard yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu. Memang mencabar ... 3) NetworkDikalangan ahli perniagaan memang terkenal dengan 'networking' ni. Ada jer cara untuk mencari dan meramaikan network masing-masing. Mula-mula tu agak kekok juga. Tetapi lama-kelamaan telah ramai rakan niaga yang sering berkongsi pengalaman dan idea. Sama-sama melahirkan idea untuk memantapkan prestasi atau cadangan projek atau program untuk masa akan datang. Tetapi tidak semua yang boleh menjadi rakan niaga yang baik. Semuanya bergantung kepada niat dan tujuan seseorang. 4) Kertas Kerja @ Kertas CadanganDalam sehari, meeting, sms, perbincangan dan online sentiasa. Masing-masing berkejar untuk melahirkan idea atau cadangan yang baru. Satu hari kadang-kadang menyiapkan 2 kertas kerja.Rasa macam nak pecah gak kepala. . Tapi mujur ada sahabat yang sama-sama membantu. 2 proposal dalam satu hari. Dasat-dasat. Semua kertas kerja adalah idea sendiri merupakan IP sendiri. So, tiada kaitan dengan pihak tertentu. sendiri mau fikir larrrrrr. 5) HubunganMengenai hubungan dan persaudaraan. Sederhana sahaja. Memang amat berbeza dari yang lama. Semuanya amat berbeza. Tetapi itulah yang dikatakan kehidupan umpama roda.

Sunday, October 12, 2008

Cerita Syok Sendiri

Kali ini terlintas di landasan fikiran aku ingin menceritakan perjalanan serta pengalaman yang terbina dan terbentuk selama 8 tahun aku berkhidmat dalam dunia kejurulatihan, usahawan, komuniti dan macam-macam lagi.
Sajer sahaja nak kongsi cerita.. mana tau boleh jadi pedoman untuk yang lain. Yang baik jadikan pedoman dan yang buruk jadikan sempadan.... fikir-fikirlah sendiri.

Hatiku Gembira

Kumpulan kali ini, best!!! Terima kasih teman. Segala usaha dan doaku kali ini dimakbulkan. Semuanya saling bantu membantu dan faham memahami. Ikhlas dan kejujuran terpancar diwajah masing-masing.
Semoga perjalanan program aku seminggu ni berjalan lancar. Gembira sangat malam ini. Syukur Alhamdulillah.....

Aku dan Persekitaran

Aku terpanggil untuk berkongsi satu petikan dari teman ku. Sekiranya kita tidak boleh membiasakan diri dengan persekitaran yang sedia ada, Carilah persekitaran baru. Hampir 2 bulan aku memikirkannya. Akhirnya, aku telah membuat pilihan. Pilih jangan tak pilih. Itu hasil nukilan sahabatku. Umpama ada kaitan. Fikirkan dan buat pilihan yang terbaik. Dan jangan sesekali menyesal dengan keputusan dan tindakan yang telah dibuat.
Hidup umpama roda yang penuh pancaroba. Kita tidak tahu apakah orang lain sedang fikirkan untuk kita. Kita tidak tahu dan tidak sedar.

Oleh itu, berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Fikirkanlah apakah logik atau tidak. . . Aku tak nak dipandang rendah lagi. Pengalaman cukup mendewasakan kita semua. Jangan sesekali menyesal jika kita dihujani dengan kesusahan yang seketika. Segalanya ada hikmah.

Santapan Telinga

Mustahil dalam hidup kita ini tiada masalah. Mula-mula tue memang lar rasa tak tentu arah dengan tugasan, kerja dan masalah yang hadir umpama pakej. Macam jualan hari raya pulak, ada pakej-pakej. Sebelum ini, pelbagai masalah yang hadir. Tetapi apabila satu demi satu dapat diselesaikan, aku beranggapan ianya bukan masalah, malah ianya CABARAN bagi diri aku. Kenapa aku berani berkata begitu, ianya kerana aku dapat mencari jalan dan penyelesaiannya. Dan aku berjaya, walaupun makan masa untuk selesaikan nya.

Salah satu faktor yang membantu ialah kawan-kawan yang berpemikiran positif. Terima kasih kawan. Aku dihadiahkan dengan sebuah lagu dari Faizal Tahir oleh 2 orang rakanku. Kak Ana dan Kak Minah. Lagu Gemuruh yang menjadi santapan telinga ku setiap hari. Mari kita hayati bait-bait kata-katanya.




GEMURUH - FAIZAL TAHIR
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin keangkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Nite -1

Mungkin aku rasa berdebar dengan kehadiran peserta kali ini. Adakah mencapai target atau tidak. Apa yang aku dah lakukan, aku dah hubungi kesemua guru besar mengenai program ini. Aku berdoa agar ia berjalan lancar... Amin

Program Terakhir

Alhamdulillah.... akhirnya aku dapat juga menunaikan tanggungjawab dan kontrak aku dalam melaksanakan kem ict ini. Pelbagai cabaran dan rintangan. Perghhh.. macam-macam. Fokus, tujuan dan perancangan amat penting sekali.
20-10-3-3.... itu adalah kod rahsia. Hanya aku jer yang faham.. Sementara beberapa bulan dalam mengendalikan projek ini, aku telah mula mengorak langkah untuk mempelbagaikan perniagaan, program dan aktiviti agar hidup lebih seronok dan menarik.

Kali ini, program ict melibatkan kanak-kanak sekolah agama rakyat seluruh negeri Perak. Sebelum ni, dah buat untuk kem yang pertama. Ada juga penyertaan. Oleh yang demikian, ia diteruskan untuk 2 kem sahaja.

Tak sabar aku untuk menunggu kehadiran peserta pilihan hatiku ini.
Apbila kedua mata memadang kearah anak-anak yang berlari-lari untuk mendaftar, jutaan kegembiraan bagi diri aku. Segalanya aku tumpukan untuk anjurkan program. Walaupun ada mata yang menjeling, ada mulut yang mengata... aku tetap teruskan tugasan untuk menjalankan program diserata negeri. Mudah-mudahan ia dipermudahkan untuk kali ini.

Movie Best 2008

Huuuu.... memang meletop. Kisah percintaan berlandaskan Islam, keistimewaan Agama Islam dan membawa kearah kebahagian rumahtangga dan juga perkahwinan. Sekiranya kita ingin bahagia, lakukannya dengan kesabaran dan keikhlasan.
Cinta dan ingin memiliki adalah dua perkara yang berbeza. Antara ungkapan "maria" dalam saat-saat terakhir kematiannya. Pengorbanan seorang isteri yang sanggup bermadu demi menyelamatkan hubungan satu sama lain. Itulah Aishah. Gadis yang cantik dan lemah lembut. Pengorbanan untuk melepaskan suami tersayang. Itulah kelebihan, keistimewaan dan keunikan bercinta..

Cerita yang memang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Kepuasan melihat cerita yang jalan cerita amat menarik sekali....

Memang best !!!!

Friday, October 10, 2008

Nasihat Orang Lain

If you don't know where you are going,
any road will take you there.

Lewis Carroll

Wednesday, October 8, 2008

Berkatalah benar

Benar benar benar. Itulah yang kita cuba katakan demi kebenaran. Namun masih ada juga yang tidak berani untuk berkata benar. Berkata benar demi kebaikan itu lebih baik dari sebaliknya. Untuk mengukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain. Sikap berterus terang dan berkata benar akan membawa jalinan ukhwah yang berpanjangan.

Tuesday, October 7, 2008

Tentang Burger plak??


Ini hasil dari perkongsian pengalaman kawan-kawan. Sama juga dengan tips keramat Dr Irfan Khairi agar lakukan sesuatu yang luar biasa.

Cerita (1) : Disebuah kampung, terdapat seorang penjual roti tampal daging @ burger. Stall nyer adalah terletak di tepi bus stop, di simpang jalan. Satu hari ada pemuda yang bernama Lazir datang dan bertanyakan berapa lama 'brother' menjual burger ni. Jawabnya dengan selamba.... dalam 5 tahun.

Selama 5 tahun tidak pernah terfikir untuk membuat atau melakukan pembaharuan. Oleh itu, Lazir telah mencadangkan 'brother' tersebut membuat burger special yang luar biasa.
Lantas dia pun mencipta roti tampal daging special. Ala-ala Malaysia Moden gitu. Aisey... lepas sajer berita tersebar ke seluruh kampung...... maka ramai lah pembeli berkunjung ke stall burger 'brother' tu.

Itulah kisah disebalik 'rahsia luar biasa'

Monday, October 6, 2008

Tips utk Penjual Kueh

Time tiba bulan mulia, ramai yang ingin berbuat kebajikan dan kebaikan. Harap-harap segala kebaikan kita diterima. Amin3. okey. Disini aku pun nak kongsi-kongsi dengan semua.... mengenai tips yang boleh digunakan oleh kita semua. Jeng! Jeng ! Jeng

Okey... dengan bangga saya mengatakan aku seorang penjual kueh. hehehe. Selepas join Wangcyber.com ada sesuatu yang aku bawa pulang. Memang seronok disana, tips yang dapat ku bawa pulang ialah ' LAKUkan LuARbiasa'..

Sebagai penjual kueh, standard aku jual popiah arrr. Yang paling umphhh!!! adalah sambal dan kulitnya. Tapi mari kita bayang dan fikirkan mengenai jika di pasar tani atau pasar ramadhan rata-rata orang menjual popiah. Adakah timbul kelainan yang luar biasa disitu.

Inilah luarbiasa...... Adakah kita rasa nak buat popiah yang sambal didalam atau popiah bertingkat. Sekali dengar memang rasa lucu.. tapi ia akan jadi realiti. Nantikan luar biasa dari popiah bonda ku

Itu jer cerita aku ...