Monday, October 13, 2008

Kejadian oh Kejadian...

Bertugas di KPerak INC Corporation sebagai Projek Executive @ Mentor Infomediaries. Sepanjang tugas yang dijalankan, pelbagai tugasan dan pengalaman baru diperolehi. Antaranya ialah : 1) KeusahawananDalam bidang usahawan ini, dapat melatih 38 orang usahawan muda bagi negeri Perak dan mengendalikan 9 syarikat. Mengendalikan proses penubuhan syarikat, pengurusan syarikat, pemasaran dan perkhidmatan. Memang teruja. Yang penting dapat banyak rakan niaga yang lain dan idea-idea perniagaan yang baru. 2) Program KomunitiBertugas sebagai mentor atau pegawai pemantau untuk memerhati keberkesanan perjalanan program yang dijalankan. Dari segi perancangan perbelanjaan untuk program komuniti, perhubungan dengan jawatankuasa kampung dan lain-lain jabatan.Dari segi pemeriksaan kertas kerja dan pemeriksaan laporan serta yang penting statistik dan standard yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu. Memang mencabar ... 3) NetworkDikalangan ahli perniagaan memang terkenal dengan 'networking' ni. Ada jer cara untuk mencari dan meramaikan network masing-masing. Mula-mula tu agak kekok juga. Tetapi lama-kelamaan telah ramai rakan niaga yang sering berkongsi pengalaman dan idea. Sama-sama melahirkan idea untuk memantapkan prestasi atau cadangan projek atau program untuk masa akan datang. Tetapi tidak semua yang boleh menjadi rakan niaga yang baik. Semuanya bergantung kepada niat dan tujuan seseorang. 4) Kertas Kerja @ Kertas CadanganDalam sehari, meeting, sms, perbincangan dan online sentiasa. Masing-masing berkejar untuk melahirkan idea atau cadangan yang baru. Satu hari kadang-kadang menyiapkan 2 kertas kerja.Rasa macam nak pecah gak kepala. . Tapi mujur ada sahabat yang sama-sama membantu. 2 proposal dalam satu hari. Dasat-dasat. Semua kertas kerja adalah idea sendiri merupakan IP sendiri. So, tiada kaitan dengan pihak tertentu. sendiri mau fikir larrrrrr. 5) HubunganMengenai hubungan dan persaudaraan. Sederhana sahaja. Memang amat berbeza dari yang lama. Semuanya amat berbeza. Tetapi itulah yang dikatakan kehidupan umpama roda.

No comments: