Tuesday, October 28, 2008

Detik 4 pagi

Detik 4.oo pagi aku dikejutkan oleh bonda dari rumah. Almaklumlah... aku kalau dapat tido, mau sampai ke KTgganu nnt. Baru sampai kuantan rupanya. Jauh lagi. Mata pun pejam celik pejam celik jerrrr. Lepas kuantan baru lepas kemaman.. then bila pulak nak sampai PAKA. Bas pulak terus KTgganu. Papan tanda menunjukkan lagi Kerteh next stesen. Aku terpikir. Paka atau Kerteh duluan ni. Itulah kalau tak tgk peta dulu, sebelum jalan. Haha.Padan muke aku. Jadi bila sampai Kerteh, ajai bagitau celik kan mata, besau kan bijik mata. Jangan tido-tido lagi. So, aku pun berjaga lah. Takut juga terlajak. Amek kau. Bas terus berjalan. Weh!!!!! Bila nak sampai nie.
Dari stesen kemaman, sorang2 penumpang berhenti di tepian jalan. Di kerteh pun sama. Aku pun nak buat perkara yang sama. Ajai hanya beritahu berhenti di Kedai Buah, Paka. Entah macam mana, seorang budak perempuan turun, aku pun turun sama... rupa-rupanya kedai buah tu 500meter lagi. So, driver menyuruh aku naik kembali dan turun di Kedai Buah yang berkaitan. Kusangka, ajai akan pick up naik kereta.
Sempat lagi aku menjeling jam ditangan. Tepat 5.00pagi aku berhenti, tegak berdiri menunggu bidadari. Fuhh!! lega. Nampak sahaja kilauan lampu kereta. Aku melangkah setapak menunjukkan aku berada ditepi jalan. Hampir 5 minit, tidak kunjung tiba walaupun bunyi enjin kereta. Tup tup... dia muncul dibelakang aku. HaRU!! HaRU!! homestay itu, dibelakang aku rupanya. Hampeh betoi. Dah sampai rupanya. Tak perlu naik kereta lagi. Hahaha.
Lawak di pagi hari, sebelum subuh.

No comments: