Monday, October 13, 2008

Kidz Kem

Aku suka dengan program... mungkin ianya dah dibentuk dan terbentuk dari aku di Kolej Pertama lagi. Kini, gabungan sahabat baik ku 'ajai' rasa teruja nak buat program lagi. Aku rasa dah masa untuk aku bergerak sendiri. Mengatur sesuatu untuk kehidupan masa depan. Kini ianya pasti berlaku....

Hahaha.. Bermula dari Mei 2008, kini aku telah berjaya menunaikan tanggungjawab aku dan melepaskan diri dari seseorang. Kesempatan yang ada dimiliki dengan mudah. Itu aku tak peduli. Banyak lagi peluang-peluang yang mendatang.

Kem ICT yang baru berakhir, meninggalkan aku dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Kenangan manis, for sure arrr dengan adik-adik peserta. Program yang baru bagi sasaran yang baru memerlukan masa yang lama buat mereka. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dirancang.

Aku tahu aku memiliki kemahiran, tetapi untuk memberi tahu tentang tugas, keja dan minat aku pada semua orang amat sukar. Ada yang beri pendapat aku terlalu emosi dengan program. Itu bagi aku tidak benar. Bukan 'emosi'.... inilah yang dikatakan kalau bekerja ikut minat. Yang menggerakkan sesuatu lebih faham dari yang memberi arahan dan mengarah. Lantaran dari itu, aku rasa baik aku merancang dan mencari projek @ program sendiri untuk kepuasan sendiri.

Ya !!!! aku inginkan kepuASAn!!!!!!!!!!!1

No comments: