Wednesday, September 24, 2008

Roda

Kadang kala hidup ini, umpama roda. Benar. Cepat benar ia berubah. Baik dari segi fizikal mahupun mental. Kini ia semakin penuh dengan cabaran dan dugaan. Ada yang tabah menghadapinya dan ada yang tidak.

Setiap manusia turut juga berubah-berubah. Kita mampu mengubahnya. Tapi apa yang perlu dan mampu diubah, berubahlah kearah yang baik. Kearah kebaikan dan memberi manfaat.

Thursday, September 18, 2008

Kueh! Kueh!

Sekali lagi, permintaan terlampau tinggi... mungkin sebab kuih yang sedap atau harga yang murah. Mungkin barang dulu murah-murah agaknya. 1st time, bondaku meminta aku menjaga stall. Waktu tu usia aku baru 10 tahun. Darjah 4 lar macam tu.

Memang arr seronok. Dapat pergi tapak pesta. Motor Cross kalau tak silap aku. Ramai sangat orang. Kuih masa tue, banyak betul. Lebih dari 10 jenis kuih. Fuyooo..... nak tau apa kejadiannya. Datanglah satu kumpulan abang-abang. Malu-malu ler pulak. . sekali speaking and asking me.. 'How old are u' ... dengan penuh bergaya aku jawab form 4. Sebab lepas tu, punya lar dia terkejut. Cepat-cepat aku membetulkan umur dan aku bagi tau yang aku baru menuntut di tahun 4. Memang dia terkejut, budak kecil (umur je kecil) tetapi fizikal aku dah macam sekolah menengah. Hahaha. Itulah kali pertama berniaga disuruh oleh mak. Dan berani bercakap dengan orang lain selain rakan-rakan disekolah. Mula-mula tu takut arrr jugak, lepas tue aku dah jadi berani.


Alhamdulillah... dari keberanian itulah, bekalan aku sehingga kini.

Kisah Penjual Kueh..

Mungkin bakat dan minat berniaga terbentuk dari kecil lagi. Telah ku katakan, aku bukan lahir dari keluarga yang senang mahupun kaya raya. Setelah ayahku pergi menemui Illahi, aku dan keluarga berada dalam kejutan. Amat terkejut.
Alhamdulillah, bonda yang kental dan tabah. Hatinya dan jiwanya yang kental. Aku dibesarkan dengan jualan kuih-muih. Dari sekecil kuih hinggalah kuih yang besar penumbok. Ada yang pedas, manis dan sebagainya. Mengikut permintaan. Sejak aku sekolah rendah, aku telah berani untuk berniaga. Walaupun menjadi kesalahan sebabnya masih dibawah umur. Tetapi 'hendak seribu daya'

Setiap pagi, selesai berpakaian sekolah.. aku akan menolong bonda didapur. Selesai sahaja mengoreng kueh aku membungkusnya untuk kesekolah. Aku lebih glamour dengan kueh popiah. Memang sedap. Mengancam.. cheewaahhh. Tanpa disedari habis baju dan tudung terkena sambal-sambal popia dan mula ada yang menegur. Aku tak peduli. Itulah tips-tips promosi yang aku gunakan. Dengan selamba, aku katakan yang aku membawa kuih dan menjualnya di kantin sekolah.

Dan sejak dari itu, semua orang telah mengenali aku dengan popiah yang mengancam buatan bonda. Aku tekad. Setiap guru disekolah cukup mengenali ku. Ada yang menempah untuk jamuan dan sebagainya. Itulah kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya...

Sehingga detik yang tak dapat aku lupakan, aku dipanggil oleh guru disiplin sekolah. Apa yang mampu aku katakan iaitu aku buat untuk masa depan aku. Untuk duit simpanan bila aku besar dan untuk ke universiti. Guru disiplin terkesima dengan pendirian aku.

Aku tak nak hidup susah, jadi aku kena berusaha ... guru seolah-olah memberi galakan dan dorongan asalkan aku tidak menganggu waktu pembelajaranku.

Niat yang baik, Allah pasti tolong......

Sokongan

Sedang tangan dan jari jemari tak henti-henti menari.... aku dikejutkan dengan sokongan dan dorongan dari kawan-kawan untuk aku terus melangkah. Terima kasih kawan. xajkk1 memang kawan, sahabat dan saudara yang tidak terlafaz dengan kata-kata betapa akrabnya kami. Umpama adik beradik.

Aku kini dalam proses dan fasa untuk mengorak langkah. Kini telah banyak tawaran program dan projek untuk aku terima. Kini, aku mesti keluar dari zon selesa. Hiasi kehidupan dengan persaingan, baru kita rasa nikmat kehidupan yang hakiki.

Untuk xajkk1 kalian semua memang best!!!

Aku BoLeH

Kadang-kadang kita terfikir diri kita hebat. Sebenarnya tidak. Tetapi kadang-kadang kita tengok, orang lain hebat... kita sebenarnya boleh berusaha untuk lebih hebat atau sehebat dan setanding dia. Apa yang penting, usaha dan niat yang betul. Semua yang aku rasa, semua yang aku buat.... ada planning. Harapan dan impian untuk keluar dari kesusahan.

Kehidupan masa lampau, masa kecil aku cukup memberikaan aku semangat untuk menempuhi semua ini. Sekiranya orang lain, kita pun boleh.

Aku kini

Alhamdulillah dah hampir setahun aku berkhidmat disini. Banyak juga program yang aku dah jalankan. Dan banyak juga penglaman yang dapat aku pelajari disini. Memang aku bersyukur. Pertama aku telah diberi peluang untuk berbakti kepada masyarakat umum. Yang specialnya, aku dapat buat program dengan kanak-kanak khususnya. Entahlah kenapa aku dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan.
Kadang-kadang ada juga yang terkeliru dengan minat aku untuk membuat program. Bagi sesiapa yang benar-benar mempunyai minat dan menjiwai program khidmat sosial atau apa sahaja program aktiviti sosial ....... apa yang mereka sendiri cari. Bagi aku. Jawapannya mudah sahaja. Aku mencari kepuasan.

@ Kepuasan @ selepas sahaja program, penat badan, lapar dahaga dan segalanya akan hilang dibawa dek angin. Hanya yang mampu dikatakan .. puas.

Monday, September 15, 2008

Restu Bonda

Mungkin ada dikalangan kita kini yang sering alpa dan lupa. Sering dinasihati dan sering juga mendengar nasihat sahaja. Nasihat bonda seperti tiupan angin di telinga.
Kini peluang aku nak berkongsi cerita.
Selepas sahaja aku menamatkan pengajian hahaha... Alhamdulillah aku ditawarkan kerja. Walaupun lain dari bidang yang pelajari dulu. Aku hanya sempat merasa dunia pengangguran dalam 2 bulan sahaja.
Inilah yang dikatakan takdir. Yang paling penting restu bonda sentiasa disisi

Rentetan - Story 1st Job.
Selesai sahaja hari konvokesyen di UTM Skudai, aku dan rakan-rakan beria-ria di keluarga angkat kami di Jeli, Kelantan. Kring Kring Kring....
30 Ogos 2000 aku dipanggil pulang segera untu pekerjaan yang pertama. Alhamdulillah aku diterima kerja sebagai pembantu teknikal Elektrik pada 2 Sept 2000. Walaupun berlainan bidang, tapi ini yang dikatakan pengalaman. Alah bisa tegal biasa. Aku pun menerima perlawaan tersebut. Selepas sahaja 2 minggu aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UPSI. Entah kenapa aku membuat keputusan tidak pergi untuk menjadi guru. Ada juga yang menyatakan yang aku silap. Aku rugi. Rugi dan menyesal tiada dalam kamus hidup aku. Mungkin ada hikmah penolakan aku untuk menjadi guru. Mungkin aku tidak akan menjadi guru yang hebat. so, itulah hakikatnya, dengan restu bonda.... segalanya diatur dengan cukup baik sekali. Syukur Alhamdulillah.

Sekembali aku dari Kelantan, berkecimpung dalam arena wiring, ke sekolah, bangunan kerajaan dan juga serba sedikit terlibat dalam dunia bisnes. Ada sedikit sebanyak perkara yang baik dan buruk yang aku pelajari. apabila dikata itu kerja salah... Jawapan nya.. "Dalam bisnes ini semua biasa"... So, 2 tahun aku bertahan. Bukan apa, cuma tidak mengikut rentak aku. Keberkatan penting bagi aku. Duit gaji ku perlu diberikan pada ibu untuk ia menunaikan Haji di Tanah Suci. Itu impian aku. Adakah aku ingin terus bekerja sebegini. Fikir2 kan dan renongkanlah kwn2 ku.
Cari rezeki yang berkat untuk kesenangan kita dan seluruh ahli keluarga kelak.
Aku merantau untuk mencari keselesaan lagi.

Rentetan - Story 2nd Job FC's
Julai 2004, aku ditawarkan sebagai fc di sebuah training consultant. Sahabat baik ku yang membwa aku kesana. Macam tidak percaya, bekerja dahulu kemudian baru ditemuduga. Confirm aku diterima. Sebabnya, interview pagi dibawa ke petang. Tak tahu nak kemana sepanjang di KL. So, volunteer je.. tolong-tolong. terus dapat kerja. Aku pun confident. Ingat lagi Ms Juliah Shamsul yang meninterview aku masa tue. Selepas je diterima, aku dikehendaki ke negeri Sabah untuk menjalankan kem ICT disana. Bagaikan terkejut bagi aku. Detik 11 Julai 2004 aku mengorak langkah ke negeri dibawah bayu berteman kan azzah@ajai teman baik ku.

Dengan bermula sebagai fc.. perkara dimaki, dicaci dan dihina sudah menjadi biasa. Rentak kehidupan. Semua nak yang perfect. Sampai lupakan perikemanusiaan. Semua ini, pengalaman. Dari fc...
Lead fc...
Pengurus Program
Project Executive
Senior Project Executive
Trainer
Hinggalah Project Manager
Dan Insya Allah Pengurus

yang penting keberkatan dan jangan iri hati sesama sendiri.
Belajar untuk bersyukur. Alhamdulillah sehingga sekarang seluruh Malaysaia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan telah ku jejaki. Terima kasih bonda, teman-teman dan bekas majikan.

Friday, September 12, 2008

ReSepiBoNDa

Apabila tengok resepi mesti ada yang terlihat makanan dan minum serta terus raya. Idea ni dapat sebab dalam bulan puasa ni ramai yang kerap online untuk cari resepi kuih raya. Kalau tak cari resepi pun, cari arrr masakan yang baru dan terkini untuk dihidangkan di pagi Syawal yang mulia nanti.

Okey, kenapa aku memilih untuk resepi bonda. Resepi bonda = pesanan bonda. Apa sahaja yang nasihatkan akan aku ingat sampai bila-bila. So, untuk blog yang pertama, tidak was-was lagi aku letakkan nama bonda untuk keberkatan.

Cerita sikit-sikit tentang diri aku dan resepibonda.
Semasa kecil- aku telah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Ayahku kembali ke rahmatullah sejak aku kecil lagi. Sekolah rendah lar. Sejak itu, aku 4 beradik dijaga oleh ibuku. Setiap pagi akan membuat kuih mencari rezeki untuk kami adik beradik.
Sehinggalah aku dewasa. Selepas PMR, time cuti arrr tue. Ada lar rombongan sekolah ke negeri Kelantan dan Terengganu. Hati ni bagi melompat-lompat nak pergi. Tetapi resepi bonda berkata ' Tak perlu lar pergi lagi, nanti dah lepas SPM pergi lah mana kau nak pergi'... Umpama doa.
Tamat sahaja sekolah menengah,.. hooray.
Alhamdulillah, aku melanjutkan pelajaran ke kl. Tempat yang pertama aku pergi mengorak langkah. Haaaaa....... doa ibu.

Salam Bersambut Ukhwah Bertaut

Umpama lambaian untuk join dunia blogger ni. Ruangan yang cukup sesuai untuk berkongsi apa sahaja. Tetapi itu semua bergantung kepada niat seseorang. Semua orang bebas menulis dan menyatakan sesuatu. Itu hak kita.

Oleh itu, diharap kehadiran aku dalam dunia blogger akan memberi semangat dan sinar yang baru dalam kehidupan dalam mengejar kejayaan.

Ruangan ini umumnya untuk sesiapa yang suka membaca dan mengkaji, bagi blogger pulak harap beri tunjuk ajar dan nasihat untuk mantapkan lagi penulisan ini.

Salam perkenalan untuk semua,

'Salam bersambut ukwah bertaut' daripada Ogy Aziz