Thursday, September 18, 2008

Kisah Penjual Kueh..

Mungkin bakat dan minat berniaga terbentuk dari kecil lagi. Telah ku katakan, aku bukan lahir dari keluarga yang senang mahupun kaya raya. Setelah ayahku pergi menemui Illahi, aku dan keluarga berada dalam kejutan. Amat terkejut.
Alhamdulillah, bonda yang kental dan tabah. Hatinya dan jiwanya yang kental. Aku dibesarkan dengan jualan kuih-muih. Dari sekecil kuih hinggalah kuih yang besar penumbok. Ada yang pedas, manis dan sebagainya. Mengikut permintaan. Sejak aku sekolah rendah, aku telah berani untuk berniaga. Walaupun menjadi kesalahan sebabnya masih dibawah umur. Tetapi 'hendak seribu daya'

Setiap pagi, selesai berpakaian sekolah.. aku akan menolong bonda didapur. Selesai sahaja mengoreng kueh aku membungkusnya untuk kesekolah. Aku lebih glamour dengan kueh popiah. Memang sedap. Mengancam.. cheewaahhh. Tanpa disedari habis baju dan tudung terkena sambal-sambal popia dan mula ada yang menegur. Aku tak peduli. Itulah tips-tips promosi yang aku gunakan. Dengan selamba, aku katakan yang aku membawa kuih dan menjualnya di kantin sekolah.

Dan sejak dari itu, semua orang telah mengenali aku dengan popiah yang mengancam buatan bonda. Aku tekad. Setiap guru disekolah cukup mengenali ku. Ada yang menempah untuk jamuan dan sebagainya. Itulah kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya...

Sehingga detik yang tak dapat aku lupakan, aku dipanggil oleh guru disiplin sekolah. Apa yang mampu aku katakan iaitu aku buat untuk masa depan aku. Untuk duit simpanan bila aku besar dan untuk ke universiti. Guru disiplin terkesima dengan pendirian aku.

Aku tak nak hidup susah, jadi aku kena berusaha ... guru seolah-olah memberi galakan dan dorongan asalkan aku tidak menganggu waktu pembelajaranku.

Niat yang baik, Allah pasti tolong......

No comments: