Friday, December 19, 2008

Aku terlupa sesuatu

Hari ni ... kebetulan hari jumaat. Rakan ku terlibat dengan seminar yang diadakah di KL. Semalam aku terlepas untuk kursus kewartawanan. Memang aku berminat. Tapi entahlah.. banyak yang kene aku fikirkan tentang orang lain, dan bukan tentang diri aku. Rasa rugi sangat. Terima kasih kawan yang pagi-pagi lah telah mengingatkan aku mengenai bengkel tersebut. Tak tahu nak lari kemana. Hari ini di KL. Sempat dihantar seorang untuk transfer agent. hahahah Tips Penceramah :

" Harta yang paling bernilai kepada setiap insan ialah imej dirinya. Apa yang difikirkan, dirasakan mengenai dirinya, itulah yang akan dipamerkan kepada dunia...IMEJ DIRI"

Keberkatan...

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dansusah meskipun banyak harta.Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang manditiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya.Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman "BukankahAku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub mejawab"Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu".Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekahsunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (carianak-anak yatim untuk diberikan).Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkanpujian dan sebagainya.(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulahkepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita adasebahagiannya merupakan hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib(zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untukakhirat - bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melaluijualbeli (perniagaan).Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripadaperniagaan.Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahliperniagaan yang jujur, cekap dan amanah.Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul diakhirat kelak.Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah.Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orangIslam.Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbitmatahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satumenyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakanhartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya.Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akanmembalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta -belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yangkita tidak ketahui.Wallahu'alam.... Yang terbaik itu hanya dari Allah Ta'ala.....agung di dunia memang harta jadi sandaran, keagungan di akhirat amaljualah yang menentukan... <<...Jaga Diri N Hiasi Peribadi...>>Oleh :iLa~shuhaiLa
Kongsi maklumat dari ;

Demand!!!

Hampir 10 tahun, inilah yang paling buat aku terfikir. Satu hari, aku berbual2 dengan abang kandungku. Along... mmg dia sorang je abang darah daging ku. Muke agak serius. Cakap bila perlu dan penting.

Slot bersembang dari jam 10malam hingga azan subuh. Wah... tak disangka-sangka. Dah lama tak berborak macam tue. Dia berminat untuk berniaga. Tetapi ada masalah-masalah yang dia kene selesaikan terlebih dahulu. Kini, dia menyuntik minatnya pada aku. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Bermula dengan budak projek, jadi orang suruhan kini hampir bergelar usahawan. Syukur. terima kasih Along!!!

Nasihat, modal dan dorongan membuat aku semakin berani. Yehaaaa!!!! Pernah ditanya pendapatan terakhir yang aku terima sebelum ini. WArggHHH malu-malu. Malu nak bagitahu. Tetapi disebabkan matanya dah besar... aku beritahu jugak.. Huhuhu. Hanya RM2100 jer.
Dia diam seketika. "Kau tahu berapa patut kah dapat"????. Sekarang dengan kerja yang begini. Makan gaji, keja seminggu 7 hari. Huaaaaaaa. Aku macam nak menaggis. Kena jerkah.. kuang3x

Sepatutnya dengan pengalaman yang ada nie 4k-5k. Hahhhhh!!!! So, ini pilihan aku. Peluang ada dimana2. So, untuk menambahkan pendapatan aku kene bijak merebut peluang... asalkan berbaloi... Jadi, salah atau tidak salah kalau aku men'demand'kan diri aku.

So, sekarang aku dan kawan aku hhehee dah siapkan pakej perkhidmatan kami. Terima kasih En Ashraff dan Abd Edy @ Abahensem atas khidmat nasihat.

Last sekali.. Jangan malu letak harga " Renung-renungkan" Selamat Beramal.

Jangan malu letak Harga!!!

Siapa diri kita???

Kadang kala kita tidak sedar, atau kita sedar. Adakah permintaan itu penting. Ini yang aku dapat kongsikan bersama tatkala bertemu dengan IM yang terkenal Dr Irfan Khairi, Labonan dan ramai lagi. Alhamdulillah.....

Lakukan yang luarbiasa dan jangan malu letakah harga???

Mungkin ada yang berpandangan +ve dan -ve. Itu pandangan individu. Bagi aku. Buatlah kerja yang mengikut minat dan yang penting BERBALOI!!!

Apakah ia akan menjadi contoh yang tauladan yang baik. Itu diatas pendapat masing. Aku mula sedar diri. Cheeewahhhh. Banyak pengalaman yang aku tempuh dari 2000 - 20008. Kalau nak fikirkan berbakul dan berguni-guni banyak nya. Mungkin tidak sama dengan pengalaman dan kesusahan orang lain.

Terima kasih Dr. ..
Tips yang saya telah guna pakai sekarang. Akan saya praktikan. Tidak mahu dipandang rendah macam dulu-dulu. Yang buat kerja, yang rangka kerja, yang arahkan kerja... tapi keuntungan dan kepentingan orang lain yang punya.

Alangkah malunya seseorang itu, memperolehi keuntungan tanpa mengeluarkan peluh walau setitik pun. Jika dikaitkan dengan keberkatan... (sendiri mahu fikirlah)

Tetiba emosi... hahaha. Ini blog aku. Jadi aku bebas nak keluarkan pendapat. Biar nilai orang dengan kudrat yang diberikan baru jiwa dan raga akan rasa seronok. Manakan tidak bibir sahaja tersenyum, tapi hati MasyaAllah.

Aku tetap terima segalanya. Buat apa nak peningkan kepala. Sekadar untuk renungan dan perkongsian untuk rakan-rakan.

" Kerja untuk Makan, ... ATAU Makan untuk Kerja"
" Kerja untuk Duit atau sebaliknya".......... dan mengapa kita kerja???

Oleh itu, mari kita buat sesuatu yang menguntungkan dan buat kita gembira. Lihatlah pada semua. Harta benda, kemewahan boleh dicari ... tapi silaturrahim dan ukhwah yang dibina tak kan pudar.

Mencari damai abadi ..........................

Maafkan aku Kawan

Tatkala masa semakin cemburu.. 2009 semakin hampir. Semua orang sibuk@busy dengan perancangan itu dan ini. Almaklumlah... hujung tahun adalah masa yang terbaik untuk susun strategi.. hahaha

Aku memerlukan dan diperlukan. Ada yang agak kecewa dengan aku. Aku sedar atau tidak sedar. Ada yang aku terpaksa memungkiri apa yang telah dirancangkan..

Hah!!! bagi kawan-kawan yang akan, sedang dan telah melangsungkan perkahwinan serta pertunangan aku ucapkan tahniah. Hampir aku terlupa majlis pertunangan sahabat baik ku. Gembira dapat khabar gembira darinya dan aku tumpang gembira. Sebab aku pun terlibat dalam bibit pertemuan cinta diorang hahaha.

Aku kecewa kan kawan lagi. Perjanjian dari hujung bulan 11, yang ingin berjumpa.. ditunda-tunda-tunda lagi. banyak program dan perjumpaan sosial yang aku kena lalui. Tambahan lagi,, hehehehe... So, apa yang berlaku aku harap dimaafkan oleh kawan-kawan semua.

Terima kasih kawan-kawan. Aku mengorak satu langkah dengan sokongan kawan-kawan.

Minggu nie bersedia lah dengan lembaran baru yang aku kene lakukan. Pelan perancangan setahun yang telah dirancang berhari-hari. Telah pecah kepala aku fikirkan... Harapan aku agar apa yang dirancang menjadi realiti.

Tuesday, December 16, 2008

Dari mata turun ke hati

Bak kata orang dulu-dulu.. dari mata turun kehati. Dah lama aku bercakap tentang kerjaya. Tetapi kali ini saje nak bersembang mengenai kehidupan plak. Rata-rata masyarakat akan berkata-kata, akan bertanya...dan tidak henti-henti bertanyakan itu dan ini. Kini aku sudah ada jawapan.

Aku Kembali Ketawa

Yes!!!
Bagaikan terkejut. Tetiba pintu hati yang telah lama sunyi kini diketuk orang. Haha.. Boleh jadi bingung. .
Memang arrrr... boleh jd huru hara... Kini aku beri peluang pada diri sendiri dan orang lain juga. Bagi teman-teman kupohon restu dan doa dari kalian.

Amin3x.

Sunday, December 7, 2008

Blog nampaK HamBar...

entah kenapa aku tak leh nak touch up blog aku niee... sifoo plak bercuti raya. Huhuhu

Hanya blh masuk text jer.. gambar dll tak leh nk edit. Tertekan jiwa dan raga..

Sapa pulak nk berguru nie... hehehehe

Esok Hari Raya!!!

Semua orang akan pulang ke kampung halaman. Bagi yang ada atok dan nenek. Bagi yang ada pak mentua dan mak mentua. Tapi aku setia disini. Setia di taman tempat kelahiran aku. Aku bersama bondaku. Itu yang paling penting. Dapat berhari raya bersama dengannya. Alhamdulillah tidak pernah sekalipun aku beraya tanpa bonda disisiku ini.
Huaaaa....... esok seperti biasa. Planning aku misti arrr sama-sama bonda ke surau. Untuk sembahyang sunat raya. Selepas tue, kami sama-sama anak beranak akan bertukar uniform dan menyertai AJK Kurban Komuniti di Taman ini. Masuk nie, dah hampir 3 tahun aku melibatkan diri. Mula-mula tue, pening gak tgk lembu-lembuan dan darahnya. Kali ke-2, dah okey. Aku paling suka, bahagian packing-packing daging. Memang best...
Esok kali ke-3, aku menyertai kumpulan ini lagi. Tak sabar rasanya nak bersama masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti begini. Alhamdulillah aku dapat berhari raya lagi esok..
WoW!!!! 11 ekor akan tumbang esok. . .

Pengertian Qurban

Assalamualaikum kawan-kawan semua......
Istilah Qurban merupakan satu tuntutan sunat yang wajib kepada orang Islam yang berkemampuan. Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.Al-Qur'an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Isma'il tercinta dalam surat Al-Shafat, ayat : 102-109. Kisahnya begini; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail :
"Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?"
Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan :
"Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku - insya Allah - termasuk orang-orang yang sabar".
" SeLaMaT menyambut HaRi RaYa AidilAdha... utk semua muslim dan muslimat"

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha

Kesempatan yang ada. Masih ada ruang. Untuk aku memohon jutaan kemaafan yang sengaja atau tidak disengajakan. Semoga ukhwah antara kita akan terus berkekalan.
Kepada rakan-rakan sek rendah, sek menengah, rakan di universiti, rakan sekerja dan mereka yang selalu bersama-sama aku dalam membuat program atau apa pun jua. Terima kasih kerana menjadi teman yang baik.

SeLaMat Hari Raya!!!!!!! All my friends

Undangan Lagi..

Tahniah my best friend.. Jamaliyah@Jamal@Lia@CikguLia Tetap orang yang sama. 5 Tahun Dulu aku kenal dia di Airport. Kini telah 2 tahun tak bersua muka. Tup tup inilah dia. Jodohnya dengan budak omputih jawa tu juga. Syukur Alhamdulillah. Semua ini berkat doa dan usaha korang jua. Arip ini pesanan buat kau.. Jaga Lia sebaik-baiknya. Gadis yang memendam. Happy go lucky.. and cute. MaL selamat pengantin baru key. . . .

Friday, December 5, 2008

Congratulation Zurita dan Anuar

Selamat Pengantin Baru... Selamat Berbahagia...
Amin3x mudah-mudahan kalian berdua berbahagia hingga ke akhir hayat. Tahniah Anuar. Dalam diam-diam yerk kau tue.. Ita, tak sangka brutal-brutal pun ayu jugak kau dihari bersejarah tue.. Huaaa.. Ita make up.. perghhhh Anuar pun sama.. sekali sekala errrkkkk..............

Heehehee.. Dari mula majlis, hinggalah ke hujung majlis. Aku cukup seronok kerana dapat sama-sama ita dan family bersama-sama memeriahkan majlis. Seronok sangat. Dapat berkumpul teman-teman dan kenalan yang telah lama tak jumpa. Seingat aku, ada larrr dalam 10 tahun lebih tak jumpa kawan-kawan yang lain.

Antaranya teman-teman ku di Kolej Pertama dulu. Junior-junior ke ada yang datang seorang, ada juga datang berpasangan dan ada juga yang datang berkeluarga.... Ajk yang pertama aku jumpa ialah Yati dan suaminya Pian. Wah!! teruja samapai tak terkata.Keesokkan harinya dapat jumpa dengan Nurul,Napie, Sharipah, Adib, Malik, Ipah, Yus dan is3, Kama dan is3, Budin dan is3. Walaupun niat kami semua dan runtuhkan pelamin Anuar dan ita tak kesempaian. Segala anggota dah ada... disebabkan Ateq tak datang segalanya gagal... ATEQ nape larrr kau tak datang time tue. Yang paling best!!!!!!!!! aku dapat menepung tawar pengantin kat atas pelamin. Ikut kan hati, nak renjis sampai lenjun... tapi Kesian jerr!!!!!!!!!

Finally.. ita dan anuar selamat ke jinjang pelamin. Kepenatan yang terbayang diseluruh ahli keluarga pempelai.. Memang penat oooo. Aku pun sama. Huhuhu... Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Wednesday, December 3, 2008

Jejak Pelamin Part -2

Jam di dinding 9.30am datang arrr sekumpulan yang berpakaian seragam meroon. Nasib baik aku pakai baju orange colour. Kalau tidak satu team arr plak......... kumpulan marhaban daaa.
Alhamdulillah anak ke-3 kak ina selesai cukur jambul pagi nie. Irsyad namanya. Comel dan mudah tersenyum di tempat yg dingin sahaja. SElesai jer majlis cukur jambul, giliran dan masa yang ditunggu-tunggukan. Upacara akad nikah pasangan pengantin. COOL!!!........ je

Jam 11.30am rombongan mula memenuhi ruang. Hahaha... dah nampak kelibat pengantin lelaki. Mata aku terus liar mencari seseorang ....... dimanakah dia. Mas.. ya Marshitah adik kepada pengantin lelaki.Yes!!! itu pun dia. Nampak bahu pun dah ok. Alhamdulillah......

Anuar sudah sedia nampaknya... berdepan dengan kadi dan ayah pengantin perempuan. Memang nervous gile.. berpeluh la jgk... tp orang beriman mmg cool!!! dengan sekali lafaz dia berjaya bergelar suami dan layak memperisterikan cik zurita. Terharu rasanya. Tahniah sahabatku berdua........Ita dan Anuar!!!!

Jejak Pelamin Part -1

Tatkala orang dok sibuk bincang sana sini nak tumbang kerbau lembu unta dll... jauh di Klang sahabatku ingin mengakhiri zaman bujangnya. Memang tidak diduga sama sekali. Bila masa ianya bermula. Bila masa ia bercambah dan bila masanya mereka bercinta. .. Kejutan yang pertama aku terima di hari pertunangannya. Paling memeranjatkan aku. Hah!!! Kemudian 30 November 2008 pada jam 9.00am aku menerima kad undangan dari sahabatku. Tatkala masa itu aku dah pun berada dirumahnya. Memang kejutan. Kad diterima dihari pernikahan. Demi ikatan persahabatan dan persaudaraan. Aku datang demi sahabat. Kedua-dua mempelai sahabatku. Sahabat yang terbentuk di kolej pertama.
Story 1: Sejak dr malam berinai lagi aku dan ajai menyibukkan diri. Dari jari kanan, jari kiri, kaki kanan, kaki kiri tapak kaki dan tapak tangan aku tunggu pengantin berinai... Memang lenguh arrr pengantin masa tue. Kekiri kekanan serba tak kena. Masa tu jugak pengapit pun nak berinai juga. Baru arrr sama-sama naik seri. Betul tak Ina!!!... Malam tue cukup lena. Tido dalam jam 1.00 pagi. Bangun misti arr pagi jugak. Karang kantoi plak dengan keluarga pengantin.

Fikirkan Tentang itu??

Mudah untuk menyatakan sesuatu.. mudah juga untuk menyimpan sesuatu. Kadangkala kita ada sesuatu yang sukar untuk dinyatakan. Bukan sebab malu, mungkin takut.. dan ia agak perit untuk menyatakan kebenaran. Aku tidak betah semua ini. Bukan untuk berlari dan terus berlari. Masing-masing mempunyai impian dan matlamat diri sendiri.
Adakah benar-benar bersedia. Adakah ia sudah tertulis dan terlukis.. Makin hari perjalanan makin jauh kerasakan.. cabaran kian hari kian mendatang. Lagi dan lagi. Entah macam mana harus ku kongsi semua ini.
Keluarga dan kerjaya didahulukan. Tetapi jauh disudut hati ada yang belum selesai. Hanya aku sahaja yang alaminya. Tidak pada mereka yang ada disekelilingku. Kamu semua tidak dapat fikirikan apa yang aku fikirkan.......dan sama jua aku tidak dapat tahu apa yang kamu fikirkan. Tatkala diri kita rasa kita hebat, tetapi jangan pula kita rasa kita keterlaluan. Banyak lagi yang kita perlu halusi dan selidi. Antara sengaja atau tidak. Semua itu tidak kita jangkakan.

Apa itu Rehat!!!

Rasanya dah lama berehat dari menconteng dalam ruangan sendiri. Malam ni sebelum terlelap rasa nak juga mencatat sesuatu. Alhamdulillah .... selesai sahaja TTT aku rasa boleh bernafas kembali. Berdoa agar segalanya dipermudahkan Amin3x