Sunday, December 7, 2008

Esok Hari Raya!!!

Semua orang akan pulang ke kampung halaman. Bagi yang ada atok dan nenek. Bagi yang ada pak mentua dan mak mentua. Tapi aku setia disini. Setia di taman tempat kelahiran aku. Aku bersama bondaku. Itu yang paling penting. Dapat berhari raya bersama dengannya. Alhamdulillah tidak pernah sekalipun aku beraya tanpa bonda disisiku ini.
Huaaaa....... esok seperti biasa. Planning aku misti arrr sama-sama bonda ke surau. Untuk sembahyang sunat raya. Selepas tue, kami sama-sama anak beranak akan bertukar uniform dan menyertai AJK Kurban Komuniti di Taman ini. Masuk nie, dah hampir 3 tahun aku melibatkan diri. Mula-mula tue, pening gak tgk lembu-lembuan dan darahnya. Kali ke-2, dah okey. Aku paling suka, bahagian packing-packing daging. Memang best...
Esok kali ke-3, aku menyertai kumpulan ini lagi. Tak sabar rasanya nak bersama masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti begini. Alhamdulillah aku dapat berhari raya lagi esok..
WoW!!!! 11 ekor akan tumbang esok. . .

No comments: