Friday, December 19, 2008

Demand!!!

Hampir 10 tahun, inilah yang paling buat aku terfikir. Satu hari, aku berbual2 dengan abang kandungku. Along... mmg dia sorang je abang darah daging ku. Muke agak serius. Cakap bila perlu dan penting.

Slot bersembang dari jam 10malam hingga azan subuh. Wah... tak disangka-sangka. Dah lama tak berborak macam tue. Dia berminat untuk berniaga. Tetapi ada masalah-masalah yang dia kene selesaikan terlebih dahulu. Kini, dia menyuntik minatnya pada aku. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Bermula dengan budak projek, jadi orang suruhan kini hampir bergelar usahawan. Syukur. terima kasih Along!!!

Nasihat, modal dan dorongan membuat aku semakin berani. Yehaaaa!!!! Pernah ditanya pendapatan terakhir yang aku terima sebelum ini. WArggHHH malu-malu. Malu nak bagitahu. Tetapi disebabkan matanya dah besar... aku beritahu jugak.. Huhuhu. Hanya RM2100 jer.
Dia diam seketika. "Kau tahu berapa patut kah dapat"????. Sekarang dengan kerja yang begini. Makan gaji, keja seminggu 7 hari. Huaaaaaaa. Aku macam nak menaggis. Kena jerkah.. kuang3x

Sepatutnya dengan pengalaman yang ada nie 4k-5k. Hahhhhh!!!! So, ini pilihan aku. Peluang ada dimana2. So, untuk menambahkan pendapatan aku kene bijak merebut peluang... asalkan berbaloi... Jadi, salah atau tidak salah kalau aku men'demand'kan diri aku.

So, sekarang aku dan kawan aku hhehee dah siapkan pakej perkhidmatan kami. Terima kasih En Ashraff dan Abd Edy @ Abahensem atas khidmat nasihat.

Last sekali.. Jangan malu letak harga " Renung-renungkan" Selamat Beramal.

No comments: