Wednesday, December 3, 2008

Jejak Pelamin Part -2

Jam di dinding 9.30am datang arrr sekumpulan yang berpakaian seragam meroon. Nasib baik aku pakai baju orange colour. Kalau tidak satu team arr plak......... kumpulan marhaban daaa.
Alhamdulillah anak ke-3 kak ina selesai cukur jambul pagi nie. Irsyad namanya. Comel dan mudah tersenyum di tempat yg dingin sahaja. SElesai jer majlis cukur jambul, giliran dan masa yang ditunggu-tunggukan. Upacara akad nikah pasangan pengantin. COOL!!!........ je

Jam 11.30am rombongan mula memenuhi ruang. Hahaha... dah nampak kelibat pengantin lelaki. Mata aku terus liar mencari seseorang ....... dimanakah dia. Mas.. ya Marshitah adik kepada pengantin lelaki.Yes!!! itu pun dia. Nampak bahu pun dah ok. Alhamdulillah......

Anuar sudah sedia nampaknya... berdepan dengan kadi dan ayah pengantin perempuan. Memang nervous gile.. berpeluh la jgk... tp orang beriman mmg cool!!! dengan sekali lafaz dia berjaya bergelar suami dan layak memperisterikan cik zurita. Terharu rasanya. Tahniah sahabatku berdua........Ita dan Anuar!!!!

No comments: