Friday, December 19, 2008

Jangan malu letak Harga!!!

Siapa diri kita???

Kadang kala kita tidak sedar, atau kita sedar. Adakah permintaan itu penting. Ini yang aku dapat kongsikan bersama tatkala bertemu dengan IM yang terkenal Dr Irfan Khairi, Labonan dan ramai lagi. Alhamdulillah.....

Lakukan yang luarbiasa dan jangan malu letakah harga???

Mungkin ada yang berpandangan +ve dan -ve. Itu pandangan individu. Bagi aku. Buatlah kerja yang mengikut minat dan yang penting BERBALOI!!!

Apakah ia akan menjadi contoh yang tauladan yang baik. Itu diatas pendapat masing. Aku mula sedar diri. Cheeewahhhh. Banyak pengalaman yang aku tempuh dari 2000 - 20008. Kalau nak fikirkan berbakul dan berguni-guni banyak nya. Mungkin tidak sama dengan pengalaman dan kesusahan orang lain.

Terima kasih Dr. ..
Tips yang saya telah guna pakai sekarang. Akan saya praktikan. Tidak mahu dipandang rendah macam dulu-dulu. Yang buat kerja, yang rangka kerja, yang arahkan kerja... tapi keuntungan dan kepentingan orang lain yang punya.

Alangkah malunya seseorang itu, memperolehi keuntungan tanpa mengeluarkan peluh walau setitik pun. Jika dikaitkan dengan keberkatan... (sendiri mahu fikirlah)

Tetiba emosi... hahaha. Ini blog aku. Jadi aku bebas nak keluarkan pendapat. Biar nilai orang dengan kudrat yang diberikan baru jiwa dan raga akan rasa seronok. Manakan tidak bibir sahaja tersenyum, tapi hati MasyaAllah.

Aku tetap terima segalanya. Buat apa nak peningkan kepala. Sekadar untuk renungan dan perkongsian untuk rakan-rakan.

" Kerja untuk Makan, ... ATAU Makan untuk Kerja"
" Kerja untuk Duit atau sebaliknya".......... dan mengapa kita kerja???

Oleh itu, mari kita buat sesuatu yang menguntungkan dan buat kita gembira. Lihatlah pada semua. Harta benda, kemewahan boleh dicari ... tapi silaturrahim dan ukhwah yang dibina tak kan pudar.

Mencari damai abadi ..........................

No comments: