Wednesday, December 3, 2008

Fikirkan Tentang itu??

Mudah untuk menyatakan sesuatu.. mudah juga untuk menyimpan sesuatu. Kadangkala kita ada sesuatu yang sukar untuk dinyatakan. Bukan sebab malu, mungkin takut.. dan ia agak perit untuk menyatakan kebenaran. Aku tidak betah semua ini. Bukan untuk berlari dan terus berlari. Masing-masing mempunyai impian dan matlamat diri sendiri.
Adakah benar-benar bersedia. Adakah ia sudah tertulis dan terlukis.. Makin hari perjalanan makin jauh kerasakan.. cabaran kian hari kian mendatang. Lagi dan lagi. Entah macam mana harus ku kongsi semua ini.
Keluarga dan kerjaya didahulukan. Tetapi jauh disudut hati ada yang belum selesai. Hanya aku sahaja yang alaminya. Tidak pada mereka yang ada disekelilingku. Kamu semua tidak dapat fikirikan apa yang aku fikirkan.......dan sama jua aku tidak dapat tahu apa yang kamu fikirkan. Tatkala diri kita rasa kita hebat, tetapi jangan pula kita rasa kita keterlaluan. Banyak lagi yang kita perlu halusi dan selidi. Antara sengaja atau tidak. Semua itu tidak kita jangkakan.

No comments: