Monday, October 27, 2008

Story Terengganu

Apa lagi nak cerita kat sini. Banyak jer cerita nya. Semuanya realiti dan bukan fantasi. Untuk program baru di Terengganu. Memang arr melonjak2 hati nie nak kesana. Tetapi dalam hati apakah yang bakal aku buat dan tempuh di sana.
Melalui kenalan atau dalam istilah bisnes... biz networking aku telah terpanggil untuk menjoinkan diri dengan program cikgu-cikgu sekolah ni. Selamanya ni, buat program berminggu-minggu dengan kanak-kanak sekolah. Dari subuh hinggalah waktu isyak. So, aku dengan berbekalkan 3 buah beg pakaian, almaklumlah size pun 3XL. Dari pakaian kerja hingga ke pakaian senaman. Dari kasut bersarung hingga ke selipar tandas semua aku bawa. Be prepared kata omputih. So, nanti aku tak perlu nak susah kan orang lagi.
Berbekalkan duit belanja yang ada... hanya RM30 dalam poket. Bukan per, nak amalkan gaya hidup baru. Berbelanja ikut keperluan. Bak kata seseorang ; hidup perlu berubah. Memang pun, kene berubah mencari keselesaan. So, dengan 3 beg dan rm30 ... banyak pulak no 3... kuang3.
So, selepas sahaja hari keluarga, aku bergegas mendobi segala pakaian dan barangan yang perlu. Bru je unpack dah kene packing lagi. Mujur pakaian sempat kering. Jam 8.30malam bas bergerak meninggalkan bandar ipoh. Berdebar2 dalam hati. Tapi ini keputusan yang aku dh buat. Segalanya aku kene tempuh juga. Sengaja pilih duduk single seat. Risau perjalanan jauh, mana tau tertido n terlelap. So, perjalanan bermula...
Kejadian pertama... seat aku ada 3 orang yang sama no tiket dengan aku. Masa nie, tetiba aku jd pentingkan diri sendiri. Memang kene pentingkan diri. Dari no tiket dan no bus. Itu tempat duduk aku. Aku pun dengan gaya yang serius pi arrr jumpa driver, dengan harapan aku dapat tempat aku blik. Rupa-rupanya bus yang lagi satu tak jalan. Jadi semua penumpang ke kuantan dan kuala terengganu dkehendaki naik satu bus. JADI ..FREE seat arrr!!!!! duduk suka hati sendiri. Tapi aku masih selesa dengan single seat aku tue. Yang lain, aku dah selesaikan masalah diorang. Kejadian2.
Cepat2 aku mainkan lagu mp3 ditelinga aku, malas nak dengan bunyi-bunyian lain. Kang aku juga yang hangin satu badan,,,, so, aku terlena sehingga ke Kuantan.

No comments: