Saturday, November 1, 2008

SeBaLik Karipap n PopiaH

Baru jer... mula training,.. aku dikejutkan dengan pelawaan sahabatku Khalifah dan Iela untuk keruma mereka. Betul gak. Dari aku bertapa di Mayang Sari seorang diri, lebih baik aku menjoinkan diri aku dengan Iela.
Aktiviti pertama kami ialah merehatkan diri dan tido. Memang rasa nikmat dapat rehat yang cukup. Disini keja hari Ahad - Khamis. Jumaat dan Sabtu Off day bagi yang bekerja lar... Lepas jer berehat, terpkir untuk buat kueh. mmmm . almaklumlah anak taukeh kueh kan.
Aku pun mereka-reka dengan La nak buat kueh apa. Cadangan pertama nak buat kueh karipap dan popiah. perghh. Dugaan dan cabaran betul arrr. Entah jd atau tdk jerr rasanya.
Ptg tu kami keluar ke Kemaman... Teringin plak rasanya nak makan SATA. Memang puas hati larr. Dapat makan SATA di kuala Kemaman. Pusat bagi SATA yang sedap-sedap. Time aku sampai tu, ada pembeli yang beli sampai RM35. Bayangkan betapa sedap dan untung nya bagi penjual SATA di pantai timur ni. Memang hebat. hebat....
Selepas makan malam, kami solat di Masjid yang berdekatan. Selepas tu, ke supermarket yang berdekatan. Membeli barang-barang masakan untuk membuat karipap dan popiah. Hahaha...
Apa lagi penuh jg troli khalifah tue... Selepas kami selesai, hujan pun turun dengan lebatnya.. dan menyebabkan kami bertiga berasa lapar semula. Memang arrrr... apabila hujan automatik kita akan berasa lapar. Sampai jer di rumah, masing-masing terus menyiapkan diri untuk pembikinan karipap yang paling sedap.. hahahaha Betul tak Khalifah Husin.

No comments: