Sunday, February 8, 2009


Warisan Vocal - Pak Din

Hari ini, semakin hari semakin memeningkan. Rakyat semakin pening. Pening dengan semua ini. Apa yang mereka tahu, kehidupan perlu diteruskan. Anak-anak perlu diberi makan, dihantar kesekolah... tapi kini berita politik di tanah kelahiran ku semakin kacau bilau. Huru hara. Ingatkan hari ini lebih baik dari semalam. Rupa - rupanya pelbagai isu baru yang timbul.

Kini aku ingin berkongsi sesuatu yang aku perolehi dulu. Kini bila terdengar lagu semangat tanah air ini, aku kembali terfikir. Sekiranya bukan kita yang memartabatkan Kedaulatan Kesultanan Melayu ......... "Siapa Lagi???"

Kembalilah keamanan dan kesejahteraan di Tanah Tumpah ku ini..

Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa
,Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

1 comment:

dust said...

sangat betul. bila semua org nak berenti memperbodoh dan diperbodohkan ni?