Sunday, February 8, 2009

Sukaneka..Tadika

Sukaneka .. Tertarik dan menarik. Apa yang berlaku kini. Acara lompat melompat. Rebut merebut dan lumba-lumba. Andaikata aku berumur 6 tahun kini, pasti aku akan menyertai acara sukaneka ini.. hehehe.
Tetapi adakah kita terfikir sekiranya, budak berusia 6 tahun mampu berfikir ketahap ini.. adakah mereka akan ketawa, menanggis dan sebagainya..

Tertarik dengan petikan akhbar ini: Dari sumber berita harian:

'Kami akan berlumba masuk pejabat'

IPOH: "Saya biasanya datang awal (ke pejabat) .... kami (jika Datuk Dr Zambry Abdul Kadir datang pada masa sama) akan berlumba-lumba siapa yang masuk dulu," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap dirinya Menteri Besar Perak

Katanya, beliau akan datang ke pejabat seperti biasa Selasa depan dan terus mendiami kediaman rasmi Menteri Besar bersama keluarganya.

"Kita mahu perisytiharan mahkamah bahawa kerajaan ini (Pakatan Rakyat) adalah sah dan jika mahkamah memutuskan sebaliknya, kami akan akur," katanya yang sehingga kini masih enggan mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

p/s: Surirumah hanya beroperasi dirumah dan segala urusan berjalan lancar. Mereka tidak ke pejabat, tetapi ramai dikalangan kita yang berjaya dan berpengaruh hasil pengorbanan mereka ini. Masih ramai rakyat yang perlu diberi perhatian!!! Kembali berdamai. Amin3x

No comments: