Friday, August 7, 2009

Rumah Baru ku

SUDAH BERPINDAH KE RUMAH BARU KU....
www.ogyaziz.com


Friday, February 27, 2009

Aku@Cikgu!!!


Bagaikan kejutan. Tiba2 aku didatangi oleh seseorang. hehe... jgn salah faham. bukannye boyprenzz.. aku didatangi dgn seorang wanita@ibu kepada 4 orang anak. Mungkin jiwa aku lebih mudah mesra dengan kanak2. Mungkin......

Ditanyakan soalan.. adakah aku seorang Cikgu. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Aku bukan cikgu... Aku pun kehairanan seketika. Dia mempelawa aku untuk berbicara seketika. Hehehe. Segalanya mungkin.

Kini ia meminta bantuan untuk membuat latihan @ training untuk anak2 sekeluarga. Bentuk apakah yang aku ingin lakukaN? Apakah modul yang sepatutnya, apakah objektif yang aku ingin letakkan.... Aku bukannya Cikgu!!!

Dan sekarang aku mulai tahu, hebatnya pengorbanan cikgu untuk mendidik anak bangsa.

SeManGat!!

Yehaa!!! dah lama tak menulis. Rasa-rasanya hampir 2 minggu tak menaip kat blog peribadi sendiri. Selepas diserang pelentong @ chicken pox... banyak pula perkara2 yang berbangkit. Semangat aku kali ini kena double triple arrrr. Dah 2 minggu berehat. Kini kena bergerak semula. Hehehe
Pelbagai planning yang telah dirancangkan untuk 2009: Harap ianya dipermudahkan. Pertamanya mengenai expo IM. Tak henti2 mencari sponsor untuk menjayakan expo ini. Mujur ada yang sudi membantu. Terima kasih kepada kawan2 semua. Seterusnya tentang nk buat drama. hahaha!!! ini project baru masih dalam R&D lagi. Cuma yang betul2 hampir adalah program yang melibatkan latihan sekolah2 rendah dan menengah. Tup tup tup... mac hampir tiba. Kini cuti persekolahan kian hampir.. kini muncul plak training @ program untuk kanak2 untuk pengisian cuti sekolah.
Semoga semua berjalan lancar!!!

Thursday, February 19, 2009

JgN BongKaK !!!

Bila kita susah kita ingat padaNya, bila kita senang kita pun hampir lupa padaNya. Aku mengingati diri aku dan rakan2 yang kusayangi ... jangan terlalu bongkak. Sebab semua yang ada sekarang pun... bukan milik kita selama-lamanya. Jadi beringatlah sesama sendiri. Agar tidak kita tergigit kuku sendiri

Hehehe

SYAK WASANGKA !!

Seseorang yang bersifat dengan sifat ini sentiasa mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya syak wasangka adalah prasangka bahawa semua orang kecuali dirinya adalah buruk dan membuatkan rasa ketidakpuasan hati mereka, menjadikan mereka berbuat keburukan dalam kerjanya dan dia tidak membuat pertimbangan lain.Dia tidak mengambil penyiasatan itu penting. Rasa ingin tahu adalah gantian bagi tabiat syak wasangka. Permulaannya, seseorang itu menyangka orang tertentu adalah jahat dan seterusnya mula membuat pertanyaan mengenai diri orang itu untuk memastikan ketetapan. Al Quran menghukumkan kedua-duanya berdosa.
Firman Allah dalam surah al Hujurat ayat 12 yang bermaksud”Jauhilah kebanyakan dari pasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang”Menurut hadis, Nabi bersabda, ”Waspadalah, jangan membiasakan salah anggap kepada orang lain. Ini adalah sifat penipuan yang paling buruk”. Hazrat ’Abdullah ibnu Mas’ud r.a. mengatakan bahawa, ”Kami telah dilarang turut campur dalam mengintai rahsia orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara kebetulan, kami akan menerima ganjaran yang sama”. Hazrat Muawwiyah mengaitkan bahawa Nabi telah bersabda bahawa , ”Jika anda membuka rahsia seseorang Muslim yang hidup, anda adalah d dalam menghancurkannya.”(*muhasabah buat diri yang penuh kudus ini juga..)
rujukan:-

”Pra-syarat kejayaan Harakah Islamiyyah”, S. Abul A’la Maududi
Diambil dari :http://www.shahrin-azam.blogspot.com/

Time untuk BanGuN!!!

Dah lama aku berehat.. Merehatkan diri dan memanjakan diri sendiri. Kini banyak lagi yang aku kene settle kan. Huaaaaaaa


wake up!!! dah banyak ketinggalan nie..

Friday, February 13, 2009

Aku Kah???

Gambar aku paling suka tengok!!

Thursday, February 12, 2009

BUAT RENUNGAN SESEORANG

Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik. Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat. Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu. Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri. Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk. Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’ Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah. Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat. Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji. Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.

Wednesday, February 11, 2009

Mengambil Kesempatan vs Menggunakan???

Ruangan ini bicara umum... saja ja. Adakah ianya sama atau berbeza. Bagi rakan2 yang ada idea, pendapat, tafsiran tetapi bukan cukai tafsir boleh arrr bagi sikit2 contengan.

Wokeh!!! WakanabeB!!!

Bertempur sesama Sendiri....

Hentikan semua ini... hentikan semua ini. Siapa yang perlu dipertontonkan? Siapa yang perlu diperhatikan kini... Pemimpin melihat rakyat ATAU rakyat melihat pemimpin.

"Aku jadi hairan" bukan tidak pandai berpolitik. Tapi mungkin aku masih baru. Budak mentah, kene duduk diam2. Huh!!!

Rakyat umpama berebut2 menantikan berita di depan kaca tv tanpa boleh diganggu. Menyaksikan kehebatan dan ketokohan pemimpin masing2. Hebat2. Dia hebat. Dia yang betul. Dia yang salah!!! Tetapi rakyat tetap duduk di kerusi depan tv. Tetapi masih ada yang perlu diberi makan, masih yang perlu dihantar ke sekolah, masih ada anak2 yatm yang perlukan bantuan. balu2, kurang upaya.. golongan miskin.

Banyak lagi yang perlu diselesaikan. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan. Tidak perlu bertempur sesama sendiri. kembalikan keamanan. Keamanan yang sebenar...

Pernah kah kita terfikir, ada yang tersenyum dan bertepuk tangan. Ada yang terfikir mengenai peluang perniagaan. Ada yang terfikir periuk nasi kembali melimpah ruah. Tetapi kita sering kali terlupa untuk "BERSYUKUR"

Aktif sgT...

Kisah dan kejadian.. disebabkan excited dan kegembiraan terlampau... hari ini seharian terbaring jer.. Padan muka pada diri sendiri. Lemah seluruh badan. Serangan kembali mengganas. Nak berjalan pun tidak mampu. Huhuhu...

Kini aku sendirian dirumah. Masing2 punyai tugasan tersendiri. Mujur ada teman2 yang mengutusi khabar. Baik yang jauh, mahupun yang dekat. Kini baru kita tahu siapa kawan kita yang sebenar.

Untuk azzah,asrinawati, khairuddin sani, sa'adah, haza walaupun kalain jauh dari diri ini... ingatan kalian tetap dihargai. Terima kasih.

Majulah diri melawan virus pelentong ....

p/s: benar kata2 bidalan, kawan ketawa mudah dicari.. tetapi tidak kawan semasa sendiri. Keh keh keh... setuju atau tidak, masing2 ada pilihan. WaKanaBeb!!!

Tuesday, February 10, 2009

Dia MungkiR JaNji..

Sekali lagi.... dia berjanji.. janji. . janji. Last2 tak datang pun. Alasan yang aku tak leh nak terima pakai. Memang aku geraMMMM. Tertidur.
Time aku di Sabah... Apa itu tidur? Apa itu rehat? dan macam2 lagi... Ringan je mulut aku nak ungkapkan kata2 manis tue, padanya.
Hampeh betoi.. pentingkan diri... aku pun banyak benda lain nak buat lagi... Hadoyaiiiiii..

Doa Selamat

Syukur Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.. walaupun aku dok menahan sakit2 badan nie. Alkisah.. satu bas sekolah datang geng2 mak aku.. hehehe.
Geng bus sekolah .. adalah lebih dari 40 orang jemputan. Jiran kiri kanan rumah pun datang.. dan sahabat baik ku juga tidak ketinggalan..

Sekalung penghargaan Buat Bonda Tersayang: Hajah Rafiaah Bt Mohd Shariff dan kekandaku..keh keh Angah! Terima kasih arrr bnyak2. Settlekan semua. Kene bancuh air. keh keh keh.. Aku langsung susah nak berjalan.. Sebab serangan pelentog nie... Mengganas betul.

Terima kasih juga buat makcik2 geng2 bus sekolah mak aku. Yang jauh datangnya diimport khas, ... pelbagai soalan dan pertanyaan cepu emas. Hehehe. Aku senggeh jer arrrr.

Nak balas cakap.. nnt adayang kecik hati pulak. Jodoh ditangan Tuhan ... Kalau ada jodoh saya kahwin.. Keh keh keh.. Susah hati makcik2 geng bus sekolah... bila aku tak kahwin... Kahwin tu nampak mudah, tapi tidak mudah. Kuang3x

Sunday, February 8, 2009

Sukaneka..Tadika

Sukaneka .. Tertarik dan menarik. Apa yang berlaku kini. Acara lompat melompat. Rebut merebut dan lumba-lumba. Andaikata aku berumur 6 tahun kini, pasti aku akan menyertai acara sukaneka ini.. hehehe.
Tetapi adakah kita terfikir sekiranya, budak berusia 6 tahun mampu berfikir ketahap ini.. adakah mereka akan ketawa, menanggis dan sebagainya..

Tertarik dengan petikan akhbar ini: Dari sumber berita harian:

'Kami akan berlumba masuk pejabat'

IPOH: "Saya biasanya datang awal (ke pejabat) .... kami (jika Datuk Dr Zambry Abdul Kadir datang pada masa sama) akan berlumba-lumba siapa yang masuk dulu," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap dirinya Menteri Besar Perak

Katanya, beliau akan datang ke pejabat seperti biasa Selasa depan dan terus mendiami kediaman rasmi Menteri Besar bersama keluarganya.

"Kita mahu perisytiharan mahkamah bahawa kerajaan ini (Pakatan Rakyat) adalah sah dan jika mahkamah memutuskan sebaliknya, kami akan akur," katanya yang sehingga kini masih enggan mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

p/s: Surirumah hanya beroperasi dirumah dan segala urusan berjalan lancar. Mereka tidak ke pejabat, tetapi ramai dikalangan kita yang berjaya dan berpengaruh hasil pengorbanan mereka ini. Masih ramai rakyat yang perlu diberi perhatian!!! Kembali berdamai. Amin3x

Warisan Vocal - Pak Din

Hari ini, semakin hari semakin memeningkan. Rakyat semakin pening. Pening dengan semua ini. Apa yang mereka tahu, kehidupan perlu diteruskan. Anak-anak perlu diberi makan, dihantar kesekolah... tapi kini berita politik di tanah kelahiran ku semakin kacau bilau. Huru hara. Ingatkan hari ini lebih baik dari semalam. Rupa - rupanya pelbagai isu baru yang timbul.

Kini aku ingin berkongsi sesuatu yang aku perolehi dulu. Kini bila terdengar lagu semangat tanah air ini, aku kembali terfikir. Sekiranya bukan kita yang memartabatkan Kedaulatan Kesultanan Melayu ......... "Siapa Lagi???"

Kembalilah keamanan dan kesejahteraan di Tanah Tumpah ku ini..

Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa
,Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Kisah Pengidap pelentong 1

Aku kini terlantar kesakitan. Hanya ada dpn pc dan tmn2 yang sudi call n sms bertanya khabar. Dah biasa keaktifan melampau, kesana sini........bila dapat memerap kat rumah rasa macam hilang punca. Mujur internet line ok. Dapat jugak siapkan beberapa promosi n kertas kerja yang tertunggak.

Bintik2 kecil yang berair dan merata-rata disatu badan... kemudian naik dibahagian muke. Ngeri jugak tgk muka sendiri time. Huaawaaa.. Skrg ni bahagian atas badan dah 60%, kini tunggu bintik-bintik ke bahagian kaki. Kata orang, kalau sampai kaki..........hampir baik la tue. Jadi sekarang dok tunggu je arrr.. Harapan cepat2 sempuh ...

Saturday, February 7, 2009

Campak atau Pelentong

Penyakit berjangkit. Tak mudah nak dikawal. Dari kecik memang lar tak pernah kene. Tatkala masa di kolej dulu, anak buah di dorm kene, aku yang paling risau. Sebab dengar cerita nya sakit sangat. Elak punye elak, jaga punye jaga.... sehingga umur mencecah 30an aku ditakdirkan terima juga jangkitan ini.

Kronologi nya... time raya cina anak kakak arrr pembawa utama. Aku dalam hati dak terdetik juga. Sekali naik dimuka, ku bawa ke doktor.....dia kata cuma jerawat. Hahaha. Tapi tempias je.

Sekali lagi, 5 hb lepas sedang sibuk mengemas dan mencuci rumah baru.. tiba2 aku rasa naik bintik2 kecil. Jeng jeng jeng........ confirm. Ini bukan tempias lagi. Inilah kenyataan nya..

Detik 10am.. aku disahkan pelentong. Huawaaaaaaaaaaaaaaaaaa... dah rasa sakit. dari badan - muka - kaki. Ush!!!! tak terkata sakitnya. Mungkin ada yang pernah rasakan.. apa pun aku perlu berehat. So, time ni.. habiskan masa belajar buat website. Sifoo aku jauh pulak tue... keh keh keh... nantikan website buatan sendiri aku. Keh keh keh

Gerak usahawan

Tarikh 6-8 Februari 2009.. Ada Gerak Usahawan Nasional. Tahun lepas aku terlepas, tahun ni berkobar2 nak pergi.
Dah siap setting, planning bagai. Nak naik pe, nak stay dan segalanya.. Tetapi apa kan daya... aku tak dapat pergi jugak.

Mujur aku punyai rakan yang memahami aku. Walaupun sorang, dia tetap pergi untuk dapatkan info. Alhamdulillah segala ada disitu. Peluang ada dimana2.

TerTAnYa - TAnYa

Aku bukan seorang yang perfect dan cerewet sangat. Tetapi aku ada satu perangai... kalau aku nak.. aku nak jugak. Tiba2 sesuatu yang aku planning malam nie tak jadi. Sampai ke Pagi buat aku berfikir...mmmm.
Jadi ke tak.. Nak ke tak nak... ish ish ish.. dalam keadaan macam nie, jika diturutkan hati mati.

Mujur ada teman untuk aku online. Memang arr berbincang pekara dan isu2 politik yang sedang melanda kini. Wah!!! hangin satu badan member aku sorang nie. ... cool beb!!!

Masih ada Peluang??????

Aku perlu kuat.. semangat perlu ada.

Aku mencari peluang.. Mobile class yang aku jalankan kini mendapat perhatian dari semua. Alhamdulillah. Syukur. KIni ia nya akan disalurkan ke Badan tertentu. Tetapi dengan keadaan ekonomi dan politik sekarang ini, adakah masih ada peluang untuk aku.????