Saturday, November 8, 2008

Gd bye my friendzz

Malam ini .. aku terpaksa berpisah dengan Izan. Huuuu. Aku kembali sendirian. Setelah 2 sesi aku bersama Izan, bermalam dan kemana-mana sahaja dengannya... Kini tiba saat dan masanya untuk berpisah. Arghhh... saat yang aku paling takut. Aku takutkan perpisahan. Lumrah alam. Bertemu dan berpisah... adat manusia biasa. Aku betul-betul rasa kehilangan. Seseorang yang pada mulanya... begitu lemah lembut. Akhirnya itulah dia. . Teman seperjuangan ku. Keluarganya, adik beradiknya umpama adik beradikku juga. Amat baik sekali layanan mereka. Aku terharu. Izan @ Razi hantar aku ke hotel tempat penginapan aku seterusnya. Siang tadi seharian kami berjalan-jalan di bandar KTgganu. Tempat yang aku ingin pergi, iaitu Masjid Kristal telah ku jejaki. Teringin pulak nak makan Keropok Lekor. Akhirnya aku dibawa makan keropok sepuasnya di Losong.
Makan sampai Lebam.. Eeeerrrkkkkk.... kenyang.
Alhamdulillah.

Wednesday, November 5, 2008

Cikgu oh Cikgu

Hari ni dah hari ke-2 kt Kuala Terengganu. Cikgu-cikgu pulak ok. Alhamdulillah. Lega pun ada. Semua nya bagi kerjasama yang ummpHHh!!!! Memula tue, tegang jugak urat perut nie... risau dan susah hati nak menantikan feed back dan reaksi cikgu-cikgu semua. Aku seperti biasa berbekalkan 6 tahun, semua itu tetap dilalui.

Pagi-pagi lagi disapa dengan salam dan senyuman cikgu2 ni. Seperti dah 2 bulan kami kenal antara satu sama lain. Baik yang lelaki mahupun cikgu perempuan. Arghhhh!!! sangkaan mula-mula aku terus lenyap. Tidak risau lagi. Ada jugak cikgu2 yang hebat... tetapi falsafah aku... ialah aku ingin berkongsi pengalaman dan ilmu-ilmu dengan semua cikgu kat sini.

Ada yang sudi share sama2 aku... huhuhu terharu...

Kelas bersambung lagi..
Kali ini, terkesima pulok aku.. weh!!!! lepas jer semua cikgu-cikgu dapat task untuk siapkan presentation menggunakan application smartdraw........... semua nya berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh untuk siapkan tugasan mereka. Perghhhh!!! amat menakjubkan.

Ada yang berminat dan tertarik untuk menggunakan perkara yang baru ini. Aku pun baru jugak explore. Terus terasa dan buat modul... bersama cikgu-cikgu ni. Ada uat subjek maths, sains dan macam-macam lagi. Cikgu yang kreatif dan inovatif.. hehe teruskan menyiapkan preseng.. keh keh keh

Owh... Kereta Rosak!!!

Alkisah... kejadian kejadian.. tatkala aku tak de kereta. Huuuuu.

Seperjalanan aku dari Dungun ke Kuala Terengganu. Memang la mencabar dan tercabar. Cubaan dan godaan.Keh Keh .... Aku ditugaskan untuk ke K.Tgganu bagi menyambung tugasan yang seterusnya. Aku ditugaskan dengan seseorang yang ayu pada zahirnya. Izan nama diberi. Dari mulanya kulihat ianya gadis macam gadis-gadis yang lain. Tetapi selama beberapa hari aku kenal dengan Izan, inilah yang dikatakan "Power Girl".

Nak dijadikan cerita dan cerita disebalik perkenalan aku dengan Izan, kereta yang nak dibawa ke KTgganu rosak la plak. Start je enjin, .. mati enjin. Start balik enjin... mati lagi. Fuhhh!!! berpeluh jugak aku dibuatnya. Tapi Izan, pun menunjukkan Taring NYA... ditekan minyak keta, sehinga bunyinya sampai 3km pun boleh dengar. Itu yang dikata dek orang, perempuan ni, tahu bawa keta jerrrr.... mmg pun. Akhirnya .. kereta dapat dibawa ke kedai. Nak tau kedai ApeRRR???? Sekali kedai spare part........... coz kt Tgganu, kedai pomen tutup awal daaa. Ingatkan nak beli spare part, then pasang sendiri... Ingat senang ke woiiiittttt. Mujur adik Izan adalah pomen yang terkenal area Dungun daaa.

Malangnya... Wargh!!! rupa-rupanya spare part yang dibeli salah.. Enjin dalaman yang cedera parah. ITulah nak tunjuk hebat sangat, beli spare part, tapi tak tau apa yang rosak. Padan muke aku ngan Izan. Kuang3x. Berpeluh gak. Keta rosak, nk kena pergi jugak KTgganu. Esok Jam 7.30pagi program dah bermula di SMK Ibrahim Fikri, KTgaanu. Orang lain tengah lena diulit mimpi.. aku, Izan dan suaminya masih mencari-cari Idea...Jeng-jeng akhirnya jalan penyelesaian ditemui.

Peminjaman kereta pada ahli keluarga terdekat. Matlamat utama nak sampai juga ke KTgganu dari Dungun. Amek kau. Macam nak melayang aku dok belakang, rasa nak terbang aku. Mendesuppppp. Mau nyer.. apabila laki Izan dah bawa keta, apa lagi jadi Tgganu menjerit larrrr. Berdoa jerr dalam hati. Indah nya suasana di Tgganu waktu malam. Lewat jgk sampai. Dalam jam 11.00 malam lebih, baru sampai. Masa tue,,, hanya terfikir tilam untuk tidorr sahaja.
zzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZ.

Saturday, November 1, 2008

KaripaP AjaiB

Pernah tengok karipap sebesar tapak tangan. Inilah dia hasil karipap dari hasil tangan khalifah dan isteri. Memang macam tue. Mula-mula belajar. Dah selalu buat, jadi arrr comel2. Selepas wujudnya karipap ini, maka tambah lagi keajaiban atau boleh masuk dalam Malaysian Book Of Record. Dengan terhasilnya karipap yang luar biasa dan ajaib.
hahahah....... lawak-lawak. Tak sangka pulak aku. Boleh mengajar orang lain buat kueh mueh. huwaaa. hoorrayyy

SeBaLik Karipap n PopiaH

Baru jer... mula training,.. aku dikejutkan dengan pelawaan sahabatku Khalifah dan Iela untuk keruma mereka. Betul gak. Dari aku bertapa di Mayang Sari seorang diri, lebih baik aku menjoinkan diri aku dengan Iela.
Aktiviti pertama kami ialah merehatkan diri dan tido. Memang rasa nikmat dapat rehat yang cukup. Disini keja hari Ahad - Khamis. Jumaat dan Sabtu Off day bagi yang bekerja lar... Lepas jer berehat, terpkir untuk buat kueh. mmmm . almaklumlah anak taukeh kueh kan.
Aku pun mereka-reka dengan La nak buat kueh apa. Cadangan pertama nak buat kueh karipap dan popiah. perghh. Dugaan dan cabaran betul arrr. Entah jd atau tdk jerr rasanya.
Ptg tu kami keluar ke Kemaman... Teringin plak rasanya nak makan SATA. Memang puas hati larr. Dapat makan SATA di kuala Kemaman. Pusat bagi SATA yang sedap-sedap. Time aku sampai tu, ada pembeli yang beli sampai RM35. Bayangkan betapa sedap dan untung nya bagi penjual SATA di pantai timur ni. Memang hebat. hebat....
Selepas makan malam, kami solat di Masjid yang berdekatan. Selepas tu, ke supermarket yang berdekatan. Membeli barang-barang masakan untuk membuat karipap dan popiah. Hahaha...
Apa lagi penuh jg troli khalifah tue... Selepas kami selesai, hujan pun turun dengan lebatnya.. dan menyebabkan kami bertiga berasa lapar semula. Memang arrrr... apabila hujan automatik kita akan berasa lapar. Sampai jer di rumah, masing-masing terus menyiapkan diri untuk pembikinan karipap yang paling sedap.. hahahaha Betul tak Khalifah Husin.