Saturday, February 7, 2009

Mudah untuk BERJANJI

Sesekali.. terasa???... setiap yang ada perasaan mungkin kan terasa... Adakah aku terasa atau perlu terasa.. atau buat-buat terasa.

Selepas training, aku ada temujanji. Entahlah... ini kali keberapa temujanji dibuat. Aku excited. Sejak akhir2 ni, aku benar2 bersemangat. Entahlah. .....

Tiba2 sehingga larut malam.... tiada khabar berita. Jadi aku ambil keputusan semuanya terbatal sendirinya. Adakah itu janji, adakah itu temujanji, adakah itu sekadar janji.

AKu menasihati pada diriku sendiri.. apa itu janji...(berhati-hati ketika berjanji)

POST ke-100

Tahniah!!! kekadang aku kerap mengatakan tahniah pada seseorang dan semua orang. Hampir terlupa nak wish untuk diri sendiri. Horray!!! ini post yang ke-100 untuk blog resepi bonda. Congratulation Ogy.. kUang3x.

Apa yang berlaku hari ini. Sedang negeri aku dihangatkan dengan berita yang panas. Teman2 ku bagaikan peka apa yang berlaku disini. Aku kembali berusaha untuk mengetahui semua ini. Tidak mahu dikatakan katak dibawah tempurung.. Sana sini, pak polisi sibuk menjaga dan menyekat2 jalan raya. "Sedia Berkhidmat" itu sudah semestinya. Ada jalan2 tertentu yang ditutup untuk keselamatan...

Hampir tengahari ... terdapat beberapa urusan aku yang belum selesai. Dalam usaha nak mempelajari pembelajaran dan pembinaan website ini.. ku gagahi jua diri untuk menuntut ilmu. Berjumpa arrr sifoo serta otai2 yang sedia membantu aku. Pelbagai perkara baru yang aku belajar...

Tatkala tengah dok buat keje... ujan mencurah2, perut pulak kelaparan. Buat janji temu dengan sahabatku. Selesai makan tengahari... terus ke bank, .... nasib aku baik.. Alhamdulillah, terus berjumpa pegawai yang rupa2nya macam aku kenal. Sekali abang akunyer best friend. Semuanya menjadi mudah segala urusan. Jumaat penghulu segala hari. Segala yang aku planning dari pagi selesai sehingga kepetang.

Ring2x. Tiba-tiba dapat panggilan ada orang nak datang rumah. Wokeh. Ada dokumen nak kene sign. Biasa arrrr. Bisnes oh bisnes. Hehehehe. Selesai yg itu, aku teringat ada lagi poster ku yang belum berprint lagi. Bergegas ke kedai untuk membuat semua salinan. Alhamdulillah sebelum maghrib semuanya selesai.

Sebelah malam... apa erk yang nk dibuat. Aku terus gi training. Dasyat dan hebat. Banyak lagi yang aku perlu tahu dan dalami. ... nantikan.

Thursday, February 5, 2009

Debaran makin terasa...

Dari pagi sehingga detik 4.00 pm td, debaran kian terasa. Sehinggalah titah Sultan berjiwa rakyat... dun tidak dibubarkan. Semakin risau dengan semua ini. Berdoa biarlah ia berlalu dengan aman.

Rakyat yang perlu diperhatikan kini... kenapa rakyat perlu menyaksikan ini. Semakin risau melanda. Adakah aku ingin menjadi rakyat yang berpeluk tubuh, adakah ingin menjadi rakyat yang memerhatikan sahaja... adakah terus ingin menjadi rakyat.

Sejahterakanlah seluruh penduduk peribumi Perak Darul Ridzuan!!!.

Hot news..

Sana sini sibuk memperkatakan tentang politik di Perak. aku bagaikan penberita bagi zon utara. Rata-rata teman2 seperjuangan yang ada serata malaysia sibuk bertanyakan khabar... inilah dikatakan dunia politik.
Segala pertanyaan demi persoalan... kini ada yang termenung, ada yang tersenyum dan ada juga yang merah2 muka menahan kemarahan atau kegeraman.
Sebagai seseorang yang telah mengikuti aktiviti atau program kemasyarakatan... aku sedikit tercuit dengan gelagat masyarakat mengenai isu ini. Segalanya kini, atau pilihan masing2. Sekarang ini ada banyak perkara yang perlu diselesaikan...
Terutama sekali mengenai kehilangan pekerjaan bagi rakan2 di sektor pembuatan dan perkilangan... yang terjadi tetap terjadi... tetapi yang sedang dihadapi kini perlu segera diatasi.
Untuk rakan2 yang bertanyakan komen dari semalam hingga ke hari ini.. hanya kita lihat dan nantikan apa kesudahannya.... ok

Apa akan jadi dengan SAR dan pelajar2 nya.. ada kah mereka hanya diberi perhatian sementara cuma!!!

Bagi adik-adik SAR yang telah sama2 mengikuti program bersama saya tempoh hari.. diucapkan selamat maju jaya dan bagi yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang lalu... TAHNIAH untuk semua..... Teruskan belajar, pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi kelak.

Wednesday, February 4, 2009

Kronologi politik di Perak

KUALA LUMPUR: Berikut kronologi politik di Perak sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu sehingga hari ini:

9 Mac 2008: Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

17 Mac 2008: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dari Pas, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

19 Mac 2008: Istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

25 Ogos 2008: Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tudahan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta.

Mahkamah tetap 10, 11 dan 12 Feb 2009 sebagai tarikh perbicaraan.

25 Jan 2009: Adun Bota dari Umno, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR.

26 Jan 2009: Menteri Besar Perak mendakwa sekurang-kurangnya tiga lagi wakil rakyat daripada Umno akan mengikut jejak Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR.

28 Jan 2009: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan satu gerakan massa perlu dijalankan bagi mendesak Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

29 Jan 2009: MT Umno menerima peletakan jawatan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta-merta.

30 Jan 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota Exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai BN.

1 Feb 2009: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat Adun daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai BN.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua Adun dari PKR yang “hilang” sejak 26 Jan supaya mengisytiharkan segera pendirian mereka jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang dihantar ke rumahnya pada jam 5.45 petang.

Kedua-dua ADUN PKR menafikan meletakkan jawatan, sebaliknya mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi Adun PKR yang tidak bertarikh bahawa jika mereka keluar parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

2 Feb 2009: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak di Istana Kinta. Beliau tidak mengulas kepada media berhubung istiadat mengadap itu.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar memaklumkan kekosongan kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar daripada PKR.

Seorang pegawai kepada Jamaluddin Mohd Radzi memberitahu media di Sepang bahawa wakil rakyat itu masih ahli PKR.

Seorang kenalan Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu menafikan peletakan jawatan Adun itu pada sidang akhbar di Shah Alam.

3 Feb 2009: SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N59) serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menganggap dirinya sebagai wakil rakyat Bebas selepas PKR menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Adun kepada Speaker DUN Perak V Sivakumar.

Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memberi tempoh 48 jam kepada SPR supaya mengkaji semula keputusan tidak mengadakan pilihan raya kecil.

4 Feb 2009: 1 tengah hari - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijadualkan mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman penting.

1.30 tengah hari - Mohammad Nizar menangguhkan sidang akhbar tanpa memberi sebab.

2 petang - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak akan mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil.

3 petang - Mohamad Nizar membuat tindakan luar biasa dengan mengumumkan pembubaran DUN serta merta sebelum memohon perkenan Sultan.

3.50 petang - Mohammad Nizar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

4.35 petang - Empat Adun Perak iaitu Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu, Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

5 petang - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti.

BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

5.55 petang - Mohammad Nizar yang mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan DUN meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda. - Bernama