Wednesday, February 4, 2009
Kejutan... Servis Bertukar Tangan
Tepat jam 7.00malam aku mendapat sms dari sahabatku. Weh! servis bertukar tangan. Adakah ini dikatakan kejutan atau silap mata... Mudah2an segala-galanya dipermudahkan. Amin3x
Kerja cari Pekerja
Skg ni banyak di dengar di dada2 akhbar, di corong2 radio tentang majikan berhentikan pekerja. Tapi kali ini,.. lain pulak. Ada kerja tapi pekerja yang tidak berminat untuk kerja. Bertahan dalam tempoh masa yang singkat sahaja.
Kesian bagi yang masih memilih kerja. Pengalaman dulu dik!!! Cabaran tetap ada dimana-mana.

Tuesday, February 3, 2009
Sambutan Jubli Perak - Sederhana
Sultan Azlan Shah Perkenan Sambutan Jubli Perak Secara Sederhana
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memberi perkenan agar sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang genap 25 tahun pada 3 Feb ini diadakan secara sederhana kerana baginda peka kepada keadaan ekonomi semasa.
Acara sambutan bertumpu kepada yang memperlihatkan sifat kesyukuran kepada Illahi; pentingnya pendidikan dan pelajaran; hubungan mesra dengan rakyat; penghargaan kepada individu yang banyak berjasa dan memberi khidmat setia kepada baginda; menghargai semangat hubungan antara Raja-Raja, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan pimpinan kerajaan persekutuan; serta menghargai perkhidmatan setia pasukan pertahanan dan keselamatan negara yang telah menunjukkan sikap pengorbanan dan taat setia yang tinggi kepada Raja dan Negara, demikian menurut Pejabat Sultan Perak Darul Ridzuan dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
Acara sambutan yang memenuhi tema-tema tersebut dan diperkenan baginda adalah majlis kesyukuran bacaan Yasin dan tahlil di Majlis Ubudiah, Kuala Kangsar pada 2 Feb, dan istiadat kawalan kehormatan di perkarangan Istana Iskandariah pada 3 Feb.
Pada hari yang sama satu istiadat mempersembahkan ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima akan turut diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah.
Pada sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pemeran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.
Baginda berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Arena Square, Batu Gajah, pada petang 10 Feb sebagai tanda ingatan baginda kepada tempat asal keputeraan dan persekolahan awal baginda di bandar itu.
Baginda juga akan berangkat ke Hari Anugerah Cemerlang Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), yang merupakan "alma mater" baginda.
Majlis Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah pada malam 14 Feb diikuti dengan Majlis Santapan Beradat Pasukan Beruniform di Dewan Khatulistiwa, Wisma Samudera, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada 21 Feb.
"Atas kepekaan baginda untuk tidak membebankan kerajaan, perbelanjaan untuk majlis kesyukuran, darjah kebesaran, majlis Santapan DiRaja dan Majlis Santapan Beradat akan dibiayai oleh Keluarga DiRaja," demikian menurut kenyataan itu.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan Sultan Brunei Darussalam dijangka berangkat ke majlis tersebut.
Yang turut diundang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datin Seri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Sultan Azlan Shah, yang menaiki takhta pada 3 Feb 1984, merupakan Sultan Perak ke-34 dan antara empat Sultan yang bersemayam di takhta kerajaan mencecah 25 tahun.
Mengikut sejarah Kesultanan Perak, Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11 memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 memerintah selama 29 tahun (1887-1916).
Menurut kenyataan itu, majlis, surau dan rumah-rumah ibadat digalakkan menganjurkan acara agama berunsur kesyukuran.
"Sebagai lambang kesih sayang dan kesetiaan kepada Sultan, rakyat Perak digalak mengibarkan bendera negeri, terutamanya pada 3 Feb dan bendera persekutuan dan negeri pada 14 dan 15 Feb," kata kenyataan itu.
Sumber :
-- BERNAMA
p/s: PEmerintah BerjiWa Rakyat
Alhamdulillah

My House..
Alhamdulillah .. Penghujung 2007, aku telah membuat keputusan untuk mempunyai aset ke-2 ku. Syukur sangat2. Kini Sept 2008, dengan rasminya aku telah menerima kunci rumah ku sendiri. Terima kasih bonda, terima kasih along, kakak ipar yang menjadi tempat rujukan ku.. hehehehe..
Sempena JUBLI Perak juga, aku dan kakak ku turut menyibuk anak2 buah sendiri.. bergotong royong membersihkan seluruh rumah. Semua renovation telah selamat disiapkan. Lega. Sangat lega. Seperti biasa kerja mengelap, mengemop lantai dan mencangkul rumput2 liar sepanjang hari. Tinggal untuk mengecat sahaja.
Alhamdulillah tidak terkata. Selepas ini, tunggu makan beso jerrr.. Doa selamat sikit. Jemput datang kawan2. Heheheehe

Futsal Club..
Entah apa kene aku kali nie. Sejak tahun lepas asyik berkata-kata nk main futsal. Sekarang nie dah ada team hehehehe. Boleh arrr gerak. Setakat tendang2 tu. Ok larr..
Begini... ini kali ke-7, teman ku ajak join da club. Januari 2009, agak kalut dengan persiapan itu ini... sehinggalah februari menjelang jubli Perak. Bagaikan kejutan. Bertempat di Xtreme park. Layan jer. sejam gak main. Pecah peluh selama ini. Kuang3x.
Baru join. Memang arrr, hampir2 pancit. tetapi geng2 memang sempoi. Tak tau diorang nie gune minyak urat atau minyak kuat cap apa. Memang HEBAT. Tendangan bola.. perghhh.........
Lepas main, meting jap. Siap nak beli t-shirt team. Semua dapat kata sepakat. Apakan daya.. time nak pi beli stock baju pulak habis.. Kesian kt kitorang.
Main2 gak. Lepas tue isi perut. Kitorang lepak kat seri gunung corner. Biasa arrr, kat sini mewah dengan gunung ganang ciptaan tuhan. Alhamdulillah. Rasa macam dah lama tak jumpa ngan member2. Malam tue, aku habiskan masa melepakan diri dengan konco2 sampai 2 pagi,,, sempena meraikan JUBLI PERAK pada 3 Februari 2009.

Subscribe to:
Posts (Atom)